Boleh tahan garang juga perempuan zaman sekarang. Dek kerana berebut parkir di bazar Ramadan, seorang wanita tergamak bersikap kurang ajar pada bulan yang mulia ini.
Menerusi perkongsian video di laman Facebook Musibah Di Malaysia & Luar Negara, seorang wanita dilihat mengangkat jari tengah sambil mengeluarkan kata-kata maki hamun kepada si perakam video. Tidak cukup dengan itu, dia juga membaling kedua-dua belah kasutnya ke cermin hadapan kereta milik pemandu.
Keluarga wanita itu kemudian ikut memukul cermin kereta si perakam video bersama-sama wanita yang naik berang tadi. Pergaduhan tercetus kerana si pemandu membunyikan hon berkali-kali selepas wanita itu dan keluarganya dikatakan ‘mencuri’ parkir yang sepatutnya menjadi milik mangsa.
Perkongsian tersebut mendapat kecaman dari netizen yang rata-rata mengeji tindakan kakak yang naik angin itu kerana berkelakuan ganas tambahan pula di bulan Ramadan ini.
Pun begitu tiada siapa yang mengetahui kebenaran di sebalik hal yang berlaku sehinggalah seorang netizen memuatnaik penjelasan dari kakak tersebut.
Menurut penjelasan wanita yang bernama Siti Khadijah ini, dia dan keluarganya dalam keadaan tergesa-gesa untuk masuk ke bazar Ramadan tidak sedar akan keberadaan kereta lain semasa dia memarkir kereta di tempat tersebut. Pun begitu, dia mula naik angin apabila seorang wanita membunyikan hon panjang dan memarahinya dengan berkata,
Itu parking saya! Bawa kereta tak ada lesen ke?”
Disebabkan dia tidak mahu mencari gaduh, Khadijah berpaling semula untuk berjalan ke bazar dan kemudian mula tersedar yang kelakuannya dirakam oleh pemandu tersebut apabila dia menoleh ke belakang semula.
Saya patah balik dan bertanya kenapa dia rakam gambar kami. Tapi dia tak jawab dan terus kunci pintu depan dan belakang serta tutup tingkap sisi.”
Dia tunjuk penumbuk kepada saya dan masa itu terus terjadi perbalahan antara kami.”
Oh begitu rupanya…
Walaupun begitu adalah lebih baik jikalau kakak ini mengambil langkah untuk bersabar dan jangan terlalu mengikut emosi. Memang banyak dugaan semasa bulan Ramadan ni. Tapi lebih baik bersabar dari marah tak tentu pasal, kan?
Semoga kes ini tidak berpanjangan dan netizen janganlah pula melihat masalah ini dari sudut pergaduhan di antara kaum pula. Sabar itu separuh dari iman!
Tonton video di bawah:
Baca: Padah Hon Berkali-kali Ketika Solat Jumaat, Cermin Kereta Pecah Dipukul Jemaah Surau