Dalam dunia yang serba mencabar ini, pelbagai usaha yang dilakukan oleh sesetengah individu dalam mencari rezeki yang halal termasuklah menjual makanan daripada rumah.
Tidak lama dulu, tular satu gambar di laman Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini yang memaparkan tentang perniagaan ayam kipuk yang viral hingga ramai rider beratur di rumah yang terletak di tingkat 15 sebuah pangsapuri untuk mengambil pesanan.
Perniagaan ditutup selepas dapat aduan orang ramai
Walau bagaimanapun, pemilik kepada perniagaan berkenaan tampil memuat naik posting di grup Facebook itu hari ini memberitahu bahawa bisnesnya terpaksa ditutup selepas menerima aduan daripada orang ramai.
Katanya lagi, pihak DBKL telah memaklumkan bahawa ada individu membuat aduan berkenaan perniagaan ayam kipuknya selepas ia viral. Dia bagaimanapun reda dengan ketentuan itu dan telah mengosongkan rumah berkenaan serta membawa ibu dan adik yang OKU pulang ke kampung.
Kami akan pindah Insya-Allah tempat yang lagi baik (shoplot atas tingkat 3). Saya akan suruh abang saya yang manage. Tq abang rider, customer, jiran-jiran semua yang selalu support kami.
“Minggu depan kami akan bangkit,” tulisnya.
Perkongsian itu telah menerima pelbagai komen daripada netizen yang kebanyakannya meminta peniaga berkenaan berpindah ke kawasan yang lebih besar untuk menjalankan perniagaan kerana ia adalah satu kesalahan kerana mengganggu ketenteraman awam.
Walau bagaimanapun, ramai yang memberi sokongan agar peniaga itu terus kuat dalam menghadapi cabaran kerana merasakan perniagaan ayam kipuk itu boleh pergi jauh.
Baca: “Dapat apa je?” – Sebak Tengok Guard Bungkus Dinner RM5, Pemuda Terus Belanja Lauk Ayam