in

Akauntan Kedai Nasi Kandar Mengaku Sengaja Reka Cerita Kena Ragut RM 120K Sampai Penang ‘Jammed’ Sebab…

nasikandar2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sanggup reka cerita kononnya diragut bagi menutup perbuatan mereka lepas ‘songlap’ RM122,555 hasil daripada 3 hari keuntungan jualan dari kedai nasi kandar terkenal di Pulau Pinang.

Disebabkan helah yang dia lakukan ini  agak serius, ia telah memberikan impak kepada orang awam sehingga berlaku kesesakan lalu lintas di beberapa jalan utama di negeri tersebut.


Selepas ditangkap, tertuduh yang merupakan akauntan di kedai nasi kandar tersebut hari ini mengaku bersalah atas tuduhan membuat laporan polis palsu pada 9 Disember lalu di Mahkamah Majistret. Tapi….

 

Mengaku tak bersalah

Tertuduh, Shamsuden Rahman Khan, 43, yang juga warga India membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa dalam bahasa Tamil di hadapan Majistret Rosnee Mohd Radzuan.

Lapor Sinar Harian, tertuduh didakwa memberikan maklumat kepada seorang pegawai polis secara lisan iaitu rakaman percakapan palsu dengan niat untuk menyebabkan pegawai polis itu menggunakan kuasa yang tidak sepatutnya.

Tertuduh didenda RM 2,000 dan sebulan penjara bermula tarikh ditangkap. Namun begitu, tertuduh merayu n denda terhadapnya dikurangkan berikutan perlu menanggung keluarganya yang tinggal di Madurai, India selain bersedia untuk membayar denda tersebut.

562741
Sumber : Sinar

Ketika kejadian, Shamsuden bersama seorang lagi rakannya yang merupakan penyelia di restoran yang sama, Jamil Ahmad Mohd Adam, 40.

Di mahkamah berasingan, Jamil, turut berdepan pertuduhan sama. Bagaimanapun, dia mengaku tidak bersalah ke atas pertuduhan terhadapnya itu yang dibacakan di hadapan Majistret L Umma Devi.

Umma Devi membenarkan Jamil Ahmad diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan kes ditangguh pada 17 Januari depan untuk serahan dokumen.

Kedua-duanya didakwa melakukan kesalahan itu di Balai Polis Sungai Nibong antara jam 3 petang pada 9 Disember lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga enam bulan atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

 

Baca : “Cuba nak curi RM120k!” –  Penang Jadi Jammed Gara-gara 2 Pekerja Kedai Mamak Buat Laporan Palsu Untuk..

nasikandar

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.