Satu video sedang viral di Twitter sekarang apabila seorang pemuda bertindak untuk kongsikan rasa tidak puas hatinya terhadap pekerja barisan hadapan semasa melakukan ujian saringan Covid-19.
Video itu mengundang kecaman warganet kerana tindakan individu yang merakam perbuatan tersebut boleh dikatakan tidak sewajarnya diperbesarkan.
“Akak ni sumpah s*al takda hati perut”
Menurut video tersebut ada seorang pemuda menjalani ujian saringan Covid-19, dalam video itu ditunjuk waktu kakitangan barisan hadapan tersebut mencucuk hidung pemuda itu.
Dilihat pemuda itu sampai mengalirkan air mata dan rupa-rupanya pemuda tersebut tak puas hati sehingga berlakunya pertelingkahan.
Alasanya dikatakan kerana cucuk kuat sangat namun pada pengakhiran video, frontliner itu mengalah dan meminta maaf kepadanya.
Ia mengundang kemarahan netizen kerana selain tindakan individu tersebut, dalam video itu juga dilihat ada ayat-ayat kesat.
Kalau aku nurse tu… – Netizen
Bagi netizen apa yang dibuat itu tekniknya sama dengan yang lain dan rasa sakit itu memang lumrah.
Apa pun punca dan kejadian masih belum dikenalpasti. Hurm, mungkin dia tak biasa lagi kot atau ada sebab kenapa dia marah, #husnuzon