Nama pempengaruh, Aisyah Hijanah sering disebut-sebut di media sosial, dia mempunyai pendapat yang tersendiri dalam isu-isu semasa serta banyak mengeluarkan content berunsur dakwah.
Dia yang juga isteri kepada Alif Teega itu juga sering terpalit dengan kontroversi berkenaan perihal rumah tangganya.
Artikel berkaitan: Individu Didakwa Pihak Madrasah Tuntut Kutipan Derma Daripada Aisyah Hijanah Lepas 2 Tahun?
Artikel berkaitan: “Kebetulan staff pernah persoal” – PW Dedah Aisyah Hijanah Pecat Pekerja Tak Ikut Undang-undang?
Pun begitu, baru-baru ini pasangan influencer itu didakwa mengutip derma untuk kegunaan peribadi serta ada juga desas-desus yang mengatakan Aisyah dan Alif yang mempunyai perniagaan sendiri itu memecat pekerjanya tanpa sebab.
Pun begitu, dakwaan itu telah disangkal oleh Aisyah dalam media sosial miliknya sebelum ini.
Terbaru, Aisyah menerusi laman Facebook miliknya memuat naik satu posting yang menyatakan dia telah memaafkan semua orang.
Posting itu menarik perhatian netizen dan ramai yang merasakan kenyataan influencer itu tidak sepatutnya dilakukan.
Pun begitu, difahamkan ada yang mengatakan akaun Facebook itu bukan milik Aisyah Hijanah, setakat artikel ini ditulis, masih belum ada kenyataan rasmi dari influencer tersebut.
Sumber: Facebook