in

“Air pun dah kelabu!” – Taman Tema Air Di Melaka Terlalu Sesak, Sampai Ada Yang Hilang Anak?

melaka 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, kerajaan negeri Melaka telah menawarkan pas masuk percuma bagi 10 tempat pelancongan popular di negeri itu. Ia bersempena cuti umum negeri tersebut bagi memperingati Peristiwa Pengisytirahan Tarikh Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

Dalam pada itu, tular juga beberapa video di media sosial mengenai ribuan pengunjung yang datang ke lokasi pelancongan pilihan sehingga ada yang sanggup beratur berjam-jam.


Air kolam taman tema dah jadi keruh

Satu video telah meraih perhatian orang ramai apabila seorang individu telah menunjukkan situasi taman tema air yang dipenuhi oleh pengunjung semalam. Dia juga mengatakan keadaan air dalam kolam itu sudah menjadi keruh.

Artikel berkaitan: Didakwa Beli Tanah Di Melaka Untuk Bina ‘Kerajaan 9’ Polis Sedang Pantau Mawla Amin &Pengikut

Artikel berkaitan: Pasar Terapung Bakal Jadi Tarikan Baharu Di Melaka, Netizen Beri Pelbagai Reaksi

Ni aku nak mandi macam mana? Air pun dah kelabu! Uish, tengok tempat tu (tangga gelongsor).. boleh roboh kejap lagi!

Dapat dilihat juga, kawasan kolam itu padat dengan pengunjung terdiri daripada kanak-kanak serta ibu bapa yang memantau mereka dari jauh. Ramai kanak-kanak berpusu-pusu untuk menaiki gelongsor yang ada dalam kolam tersebut.

Ada yang kehilangan anak?

Individu itu hanya mengeluh kerana tidak dapat mencari kawasan yang sesuai untuk bermandi-manda lalu dia terdengar satu pengumuman tentang kehilangan anak.

Alamak siapa pula yang kehilangan anak tu? Aduh!

Mungkin keadaan yang terlalu sesak sehingga kanak-kanak itu tidak menjumpai ibu bapanya. Keadaan berhampiran kolam itu juga nampak tidak terurus apabila ada beberapa beg diletakkan di tepi jalan serta ada kain disangkut atas beberapa pokok hiasan.

Menjengah di ruangan balas, ramai netizen terkejut dan membatalkan niat mereka untuk mengunjungi tempat tersebut.

melaka 1

Dalam pada itu, seorang peniaga juga meluahkan rasa syukur kerana ramai pengunjung telah singgah ke warungnya untuk makan tengahari.

melaka 2

@rrandom_guys

melaka problem ?? #foryou #fyp #melaka #melakapeople

♬ original sound – Hmzh_ – Hmzh_

Memang ramai ye min tengok orang beratur!

Sumber: TikTok , Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.