in

Air Asia Tawar Harga ‘Fix Rate’, RM199 & RM249 Untuk Ke Sabah & Sarawak Sempena CNY!

ft air asia CNY

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia telah menetapkan tambang tetap sehala bagi mereka yang ingin melakukan perjalanan dari Semenanjung ke Sarawak (RM199) dan Sabah (RM249) pada tarikh antara 13 dan 30 Januari.

Ia sempena sambutan Tahun Baru Cina dan tindakan ini dipuji oleh Menteri Pengangkutan Anthony Loke kerana ia adalah sebahagian daripada manifesto pilihan rayanya.


Menurut sumber The Vibes, harga tetap RM199 ini terpakai kepada mereka dari Kuala Lumpur atau Johor Bahru yang ingin ke Kuching, Bintulu, Miri atau Sibu di Sarawak.

Anthony Loke 2019

Manakala tawaran RM249 adalah untuk mereka di Kuala Lumpur atau Johor Bahru untuk ke Kota Kinabalu atau Tawau di Sabah.

 “Rakyat Malaysia yang berada di Timur tidak mempunyai pilihan lain selain terbang pulang apabila perlu, sebab itulah inisiatif ini sangat penting,” kata Loke di ibu pejabat AirAsia berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Tempahan untuk penerbangan kadar tetap AirAsia ke Sabah dan Sarawak boleh dibuat mulai hari ini.

Syarikat penerbangan itu juga menggalakkan penumpangnya mendaftar masuk sendiri melalui aplikasi AirAsia seawal 14 hari sebelum tarikh penerbangan mereka.

Baca : Air Asia Sambung Penerbangan Hujung Bulan Ini, Berita Baik Buat ‘Travellers’?

cats 13

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.