Sejak kemunculan SST ni ramai yang masih agak keliru dan ada jugak yang merasakan harga barang semakin naik. Antara yang merasakan ada peningkatan harga ialah tak lain dan tak bukan bekas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan.
Menurut Sinar Harian, menerusi Twitter, Maslan kongsikan gambar beserta harga makanan dibelinya yang dikatakan mahal disebabkan tambahan cukai.
Perkara biasa buat rakyat
Walau bagaimanapun, perkara ni dah macam hal biasa pada kita sebagai rakyat marhaen ni. Ye lah, kita memang dah biasa dicaj cukai sana sini. Ye dakk?
Saja nak provoke?
Selain tu, ramai juga yang perli Ahmad Maslan dan menganggap beliau mungkin hanya nak provoke netizen. Disebabkan tu, ramai bagi ‘nasihat’ dekat beliau untuk makan dekat rumah je. Tak gituuu?
Rasanya buat masa ni, memang apa je yang Ahmad Maslan buat akan menjadi bahan gelak dan diperli. Lagi-lagi hal macam ni di mana rakyat Malaysia dah lama lalui dan rasa kepayahannya.
Lagipun bukannya rakyat tak pernah komplen kan?