in

“Ahli parlimen pun tolong bayar!” – Dalam Masa 4 jam, MalaysiaKini Kumpul Lebih RM500k Bayar Denda Mahkamah!

collage 40

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebentar tadi, mahkamah telah menjatuhkan hukuman denda RM500,000 ke atas MalaysiaKini gara-gara komen lima pembaca ke atas salah satu laporan beritanya pada 9 Jun 2020, bertajuk “CJ orders all courts to be fully operational from July 1″ yang dikatakan telah menghina sistem penghakiman negara.

Bagaimanapun, MalaysiaKini hanya mengetahui tentang komen tersebut selepas diberitahu pihak polis bahawa siasatan akan dijalankan terhadap komen-komen tersebut pada 12 Jun.


Di dalam dokumen mahkamah, MalaysiaKini mengatakan yang mereka tak sedar akan komen tersebut kerana tak ada sebarang aduan yang dibuat oleh pembaca dan tapisan dari laman web mereka juga tak dapat nak kesan komen tersebut.

Namun, sejurus selepas mereka mendapat tahu , portal berita ini telah pun membuang komen-komen tersebut pada hari yang sama.

Selepas didapati bersalah, Mahkamah Persekutuan mengarahkan portal tersebut untuk membayar denda sebanyak RM500,000 dalam masa dua hari.

Ekoran ini, MalaysiaKini telah membuat tabung derma meminta orang ramai untuk membantu mereka membayar denda ini pada jam 11.44 pagi tadi.

Pada jam 4.26 petang, MalaysiaKini berjaya mendapatkan bantuan sebanyak RM 505,000 sebelum pengumpulan dana itu ditutup pada jam 4.30 petang.

Ketika artikel ini ditulis, MalaysiaKini telah pun berjaya mengumpulkan dana sebanyak RM552,321 bagi membayar denda tersebut.

Screenshot 2021 02 19 at 5.36.09 PM

Menurut MalayMail, antara penyumbang terbesar datang dari DAP dengan seramai 50 ahli parlimen, senator dan ADUN memberikan RM1,000 setiap seorang. PKR pula telah menyumbang sebanyak RM20,000 dan beberapa ahli parlimen parti politik lain turut membantu portal ini,

Namun, penyumbang terbanyak datang dari orang ramai yang menderma di antara RM20 hingga RM1,000 setiap seorang.

Di media sosial, ramai penyokong dan pembaca telah menunjukkan tangkap layar sumbangan mereka ke akaun bank MalaysiaKini sebagai tanda solidariti mereka.

Memandangkan MalaysiaKini berjaya mengutip lebih dari apa yang mereka harapkan untuk membayar denda atas komen yang dibuat oleh pembaca, portal ini masih belum membuat keputusan ke mana mereka akan salurkan lebihan dana yang diterimanya ini serta turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang membantu.

Portal ini turut mengatakan yang mereka akan terus membuat liputan berita tanpa rasa takut atau berat sebelah dan akan memastikan suara orang ramai didengari.

 

Baca: Najib Sindir Tun M Tak Beri Hak Kebebasan Bersuara dan Media Macam Sekarang

Screenshot 2021 02 19 at 5.39.23 PM

Sumber: MalaysiaKini

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.