in

“Ah ghisau ghisau” – [VIDEO] Netizen Terhibur Tengok Artis K-pop Cakap Ayat ‘Famous’ TikTok

Collage 17

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

“I dah lama suka you, you suka I tak? Ahh ghisau, ghisau. Aaa saya suka diri sendiri. Love yourself.”

Korang yang rajin scroll TikTok mesti selalu dengar ayat ni kan? Perkataan “ghisau, ghisau” pun dah sebati dengan orang Malaysia ni.


Dialog yang dipopularkan oleh Imran Bard ketika menolak confession dari peminatnya ini telah menjadi viral  sampaikan ramai yang pakai audio dia untuk dijadikan content.

@razanzafran

arghh ghisau ghisau🤣 #imranbard #xyzbca

♬ original sound – selfhealing🥰 – RAZAN

Bukan je rakyat Malaysia yang terjebak dengan ayat ni tau! Baru-baru ini, seorang wanita muat naik video menunjukkan Hwasa, salah seorang anggota kumpulan K-pop Mamamoo turut sama terjebak cakap ayat famous ni. Ah ghisauuuu

Dalam video tersebut, dapat dilihat Hwasa menyebut semula ayat yang dipopularkan oleh Imran Bard ini bila disuruh oleh peminatnya tanpa mengetahui makna disebalik ungkapan tersebut. Yang bestnya, cara dia cakap ghisau tu betul eh…

Tak cukup dengan itu, reaksi Hwasa gelak tak berhenti selepas mendengar makna ayat tersebut turut dirakamkan!

Rata-rata netizen dan peminat Hwasa turut terhibur melihat video penyanyi cantik ini berbahasa Melayu dan turut memuji caranya menyebut ayat tersebut.

Screenshot 2021 12 13 At 2.46.35 Pm Down

Untuk pengetahuan korang, Hwasa bukanlah artis K-pop pertama yang pernah sebut ayat popular Malaysia dekat TikTok tau! Sebelum ni, Hoshi dari kumpulan Seventeen juga pernah sebut “rancak berdosa” masa buat video call dengan peminat. Fuyooo

Dahsyat betul peminat-peminat K-pop dekat Malaysia ni sampai dapat buat artis-artis favourite dorang buat macam ni. Yang penting kelakar!

 

Baca: “Apa benda yang rancak?” – Trendsetter ‘Rancak Berdosa’ Ulas Ungkapan Popular Di Tiktok

Screenshot 2021 12 13 At 3.02.38 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.