in

Agong Perkenan Pengampunan Penuh Anwar Serta Merta

page agong

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dengan pembebasan Anwar Ibrahim sebentar tadi, beliau disahkan telah pun mengadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara bagi mendapat pengampunan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima pengampunan segera atas persetujuan Yang Dipertuan Agong Sultan Muhammad V yang telah menitah perkenan bahawa rayuan pengampuan penuh beliau dibenarkan.


kkkk
Sumber: Twitter

Menurut Malaysiakini, perkara ini dinyatakan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz dalam kenyataan dari Istana Negara, Kuala Lumpur tadi.

Wan Ahmad berkata rayuan pengampunan itu dibentangkan dan dipertimbangkan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya ke-51 hari ini.

k2
Sumber: Twitter
kkk
Sumber: Twitter

Anwar sebelum tu, dah mengadap Agong yang berkenan menerima kunjungannya bersama Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah dan Datuk Seri Azmin Ali.

Baca: TERKINI: Anwar Ibrahim Akhirnya Bebas!

anwar bebas 758x399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.