in

Aeril Zafrel Jual Semula Lamborghini, Guna Sebahagian Hasil Untuk Derma Kepada Palestin

Aeril 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak isu Palestin dan Israel sejak 7 Oktober lalu, ramai artis dan influencer di Malaysia mula menunjukkan sokongan terhadap Palestin. Dengan jumlah pengikut yang ramai, mereka menggunakan media sosial untuk menyebarkan awareness tanda solidariti kepada negara tersebut.

Semalam pelakon terkenal Malaysia, Aeril Zafrel telah memaklumkan di IG Story bahawa dia ingin menjual sebuah kereta Lamborghini miliknya dan sebahagian hasil akan disumbangkan ke Palestin.


Artikel berkaitan: “Rezeki tu datang dari Tuhan” – Nadhir Nasar Lantang Sokong Palestin, Tak Risau Kerja ‘Tersekat’

Artikel berkaitan: “I’m not afraid to lose job’ – Pengakuan ‘Berani’ Bella Hadid Sokong Palestin Buat Ramai Kagum

Pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel berkata dalam IG Story tersebut, dia mengambil keputusan untuk menjual semula kereta Lamborghini berwarna kuning miliknya kerana ia jarang digunakan.

Kemudian, sebahagian hasil jual semula kereta tersebut akan didermakan kepada salah satu NGO di Malaysia, Persatuan Cinta Gaza yang juga membantu menyalurkan dana kepada rakyat Palestin.

“Goodbye lambo. Jarang sangat pakai kereta ni. Jual jela.. InsyaAllah sebahagian hasil ni kita derma kat Palestin.”

Seteleh kereta tersebut dijual, Aeril juga memuat naik tangkap layar resit online transfer sumbangan daripadanya untuk rakyat Palestin. Dia walau bagaimanapun menutup jumlah sumbangan yang diberikan menggunakan sticker bendera Palestin.

Sebelum ini, Aeril yang mempunyai 5 juta followers juga ada memuat naik gambarnya memegang bendera Palestin dengan kapsyen “Free Palestine”.

Baiknya Aeril! Moga dimurahkan rezeki selalu!

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.