in

Adun Duyong ‘Basuh’ Kontraktor, Lambat Datang Mesyuarat Lebih 1 Jam

cats 23

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gara-gara hadir lambat satu jam setengah ke sebuah mesyuarat, seorang kontraktor ditegur secara keras oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di Melaka.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Adun Duyong, Mohd Noor Helmy Abdul Halem, beliau memaparkan kejadian di dalam mesyuarat di mana dirinya sedang menegur kontraktor yang mengambil sikap sambil lewa dan tidak berdisiplin dalam menjalankan tugas.


1 1 2

2 2

Difahamkan, pertemuan tersebut melibatkan kontraktor yang terlibat bersama Adun Duyong sendiri.

Mesyuarat tersebut dilakukan bertujuan untuk membincangkan beberapa masalah yang timbul berhubung penyelenggaraan kawasan di bawah Adun berkenaan.

Ketika hari kejadian, kontraktor terbabit hanya hadir ke mesyuarat sekitar jam 10.30 pagi meskipun ia sepatutnya bermula pada jam 8.30 pagi.

Bagaimanapun, kontraktor tersebut memberi alasan dia dimaklumkan mesyuarat tersebut akan bermula pada jam 9.30 pagi.

“Ini urusan rasmi kerajaan bang. Aku datang panggil korang (kamu) semua ni masalah rakyat yang aku dah tahan berulang-ulang.

“Ini bukan masalah Adun Duyong tau, ini masalah orang Duyong. Takkan kejap-kejap nak WhatsApp beritahu baiki ini, potong rumput ini,” kata beliau menerusi video dikongsikan TikTok.

https://www.tiktok.com/@mnhelmy/video/7231935755952688385?_r=1&_t=8cGztqBmuDS

Video ini ternyata tular di media sosial dan mendapat pujian warganet yang rata-ratanya memuji tindakan tegas Adun Duyong dalam menjalankan tugas.

Jelas seorang individu di ruangan komen, tindakan Adun Duyong dalam menjaga kebajikan penduduk di situ harus dicontohi oleh oleh sesetengah ahli politik lain yang hanya memunculkan diri ketika mahu meraih undi orang ramai.

“Aku tak pasti ni Adun parti mana, tapi orang Duyong beruntung dapat orang macam ni,” tulis seorang individu.

“Bila tegas macam ni..mesti banyak tak suka..apa-apapun tahniah YB menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan baik,” komen seorang warganet memuji ketegasan Adun Duyong.

Syabas buat YB Mohd Noor Helmy Abdul Halem!

BACA: Perkampungan Haram Rohingya Di Melaka Ghaib’ Secara Misteri Dalam Satu Serbuan

cats 24

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.