in

“Adoilah Petronas, pandai troll orang” – Hampir 20 Kereta Tersadai Lepas Isi Minyak Petrol Yang Tercampur Air

petrol buat hal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pagi-pagi rush nak pergi kerja, pastu singgah kejap kat Petronas nak isi minyak. Ingat isi minyak petrol… rupa-rupanya isi minyak campur air! Alamak macam mana jadi macam tu??

Awal pagi tadi, sebanyak 30 deretan kenderaan tersadai kat tepi Lebuhraya Besraya lepas mengisi minyak di Petronas Solaris. Menerusi video yang viral di Twitter, kereta yang terbabit kelihatan diparkir sepanjang tepi jalan lebuhraya tersebut lepas tiba-tiba mengalami masalah enjin dan mati di tengah jalan.


 

“Mati hidup balik aku takkan fill up kat Petronas Solaris Besraya lagi” 

Kejadian mengejutkan yang berlaku pagi ni telah menimbulkan kerisauan di kalangan netizen kat media sosial yang rata-rata trauma nak mengisi minyak di stesen Petronas. Siapa tak takut kan kalau tetiba je kereta breakdown tengah jalan? Nayaa weh! 

petronas 4
Sumber: Facebook
sol
Sumber: Twitter

 

Petronas mohon maaf kepada pelanggan, rupanya petrol tercampur air 

Susulan daripada kejadian tersebut, pihak Petronas dengan pantas telah mengeluarkan kenyataan dan memohon maaf atas kejadian yang berlaku. Menurut tweet mereka pagi tadi, hanya Petronas Solaris Besraya saja yang terlibat dalam masalah ni. Petronas di kawasan lain beroperasi seperti biasa. Phew!

Laporan daripada Utusan Online juga memaklumkan, petrol yang diisi ke kenderaan yang rosak tersebut telah tercampur dengan air yang memasuki satu tangki di stesen minyak itu.

“Kira-kira empat pegawai penguat kuasa dari pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Kajang telah ke tempat kejadian dan dimaklumkan oleh pemilik stesen minyak tersebut berlaku sedikit masalah apabila satu tangki yang mengisi petrol dimasuki air.

“Saya dimaklumkan juga pihak stesen minyak sedang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan dan menjelang pukul 7 petang ini stesen minyak itu boleh beroperasi seperti biasa.

“Setakat ini kesemua pam minyak telah ditutup dan dihentikan bagi mengelakkan lebih ramai pengguna terjejas,” kata Pengarah Bahagian Penguatkuasaan KPDNHEP, Datuk Mohd. Roslan Mahayuddin

image 1
Sumber: Utusan Online

 

Kereta tak perlu overhaul, hanya perlu cuci dan masukkan minyak petrol

Bila kereta rosak, ramai yang susah hati dan mencari jalan untuk memperbaiki kereta mereka dengan cara yang paling menjimatkan. Ada yang cakap kereta yang rosak pagi tadi kena overhaul, tapi tweet info daripada salah seorang netizen ni buat ramai yang lega.

ober
Sumber: Twitter

Semoga bertabahlah ye owner kereta yang rosak tadi pagi. Dengarnya korang boleh buat tuntutan ganti rugi dengan Petronas kalau kereta alami kerosakan teruk. Harap kejadian macam ni tak berlaku lagilah di masa akan datang. 

Baca: Sebab Salah Key In Je Pun! Geng Bikers Pukul Pekerja Stesen Minyak Dekat Sungkai

bikers anjir

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.