Seorang kanak-kanak perempuan lapan tahun berjaya diselamatkan oleh abangnya daripada diculik dengan berbekalkan sepasang lastik dan menembak objek rambang ke arah penculik.
Memetik laporan Unilad, pada Rabu, 10 Mei lalu, pihak polis telah bergegas ke sebuah rumah di Alpena, Michigan, selepas seorang gadis hampir diculik ketika mencari cendawan di dalam hutan berhampiran.
Bagaimanapun, abang kepada kanak-kanak perempuan itu menyaksikan sendiri adiknya dibawa lari oleh seorang lelaki tidak dikenali telah bertindak melastik pelaku tersebut.
Abang mangsa yang berusia 13 tahun dilaporkan lari keluar dari rumah keluarga mereka selepas melihat penculik muncul dari dalam hutan sambil membawa dan menutup mulut adik perempuannya.
Remaja berusia 13 tahun itu didakwa mengambil lastik dan objek rambang berdekatan dan kemudiannya terus menembak ke arah dada dan kepala penculik.
Komander Michigan State Troopers, Leftenan John Grimshaw, menjelaskan niat abang mangsa untuk menyelamatkan adiknya telah menyebabkan penculik melepaskan kanak-kanak perempuan itu.
Tindakan pantas dan bidikan tepat abang mangsa turut membantu polis menangkap penculik kerana suspek mengalami kecederaan akibat tembakan yang kelihatan di kepala dan dadanya.
Penculik itu telah ditahan oleh polis di sebuah stesen minyak berhampiran dan dilaporkan mengaku bersalah atas cubaan menculik.
Penculik berusia 17 tahun itu kini menghadapi satu pertuduhan cubaan menculik kanak-kanak, satu pertuduhan serangan serta satu pertuduhan cubaan menyerang untuk melakukan kecederaan badan yang lebih rendah daripada membunuh.
Penculik tersebut juga akan dihadapkan ke mahkamah pada 17 Mei ini.
Baca: Gara-gara Tembak Polis Guna Pistol Air Di Festival Songkran, Youtuber Hong Kong Ditahan