in

Adik Beradik Buat Laporan Kemaluan Dipegang ‘Ustaz’ Semasa Jalani Rawatan Tradisional

Collage 14

Sebelum ini, seorang pengamal perubatan Islam di Terengganu yang dikenali dengan gelaran “ustaz” telah ditahan reman selepas seorang wanita membuat laporan dia telah dicabul semasa mendapatkan rawatan.

Selepas tiga hari dalam tahanan polis, semalam seorang lagi mangsa telah membuat laporan di Balai Polis Kuala Berang selepas menyedari yang dia dan adiknya turut menjadi mangsa cabul pengamal perubatan tersebut, lapor Sinar Harian.

Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superitendan Mohd Adli Mat Daud, mangsa mengatakan yang dia dan adiknya telah dicabul pada 9 September 2018 ketika menjalani rawatan dengan ustaz yang sama.

906844

Suspek mengatakan yang mangsa dan adiknya terkena buatan orang dan perlu menjalani rawatan.

Ketika rawatan dilakukan, suspek bertindak memeluk dan memegang payudara serta kemaluan mangsa. Perbuatan itu turut dilakukan kepada adiknya pada hari sama.”

Pelik dengan cara perubatan yang dibuat oleh ustaz tersebut, adik beradik ini bersama ibunya telah pergi ke pusat rawatan Islam di Kuala Berang itu untuk membuat pengesahan sama ada suspek bekerja di sana atau tidak.

Pihak pengurusan memberitahu yang suspek berusia 52 tahun itu memang merupakan salah seorang ahli perubatan di sana.

Namun, selepas terbaca laporan mengenai seorang wanita dicabul oleh ustaz ini, mangsa telah membuat keputusan untuk membuat laporan polis dan suspek yang masih direman ini akan disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul

 

Baca: “Saya minta izin nak…” – Jijik! Pengamal Perubatan Islam Gatal Ambil Kesempatan Cabul Pesakit

Screenshot 2020 12 09 At 12.56.25 Pm

Sumber: Sinar Harian