Umur meningkat dewasa dan rasanya isu orang yang makan di tempat awam ini patutnya tak perlu nak dijadikan buah mulut lagi menjelang tahun 2021 ni dah, lebih-lebih lagi kalau orang tu wanita dan kerja buruh.
Jadi, rasanya tak perlu nak jadikan dia sebagai bahan kutukan lagi dah, nanti tujuan nak ajak orang mengecam tu mungkin boleh ‘makan diri’.
“Tak ada adab….”
Seorang wanita yang sedang menunggu waktu untuk berbuka puasa ternampak wanita lain makan dengan selamba.
Dalam video itu, si perakam anggap perbuatan wanita yang makan itu tak ada adab kerana waktu video itu dirakam dikatakan hanya beberapa minit sahaja lagi waktu buka puasa.
Video yang dirakam di TikTok itu telah dipadam, namun ianya viral di Twitter sehingga meraih lebih daripada 2,000 jumlah retweets dalam masa sehari ia dikongsi.
Rata-rata netizen bengang dengan sikap wanita ini kerana tindakannya itu.
Adab sendiri mana? – Netizen
Rasanya mungkin lah ada sebabnya tersendiri kot, sebab lagi beberapa minit jadi risau-risau lah timbul salah sangka dimana orang lain akan ingatkan yang waktu itu dah berbuka padahal belum. Nanti takut pula terbatal macam kes azan terawal 3 minit tu, boleh baca kat bawah ni.