in

“Ada yang sakit, cedera…” – Netizen Terkejut Lihat Pusat Perlindungan Kucing Di Klang Tak Terurus

Taman Kucing Klang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Membangunkan sebuah pusat perlindungan untuk menjaga kebajikan kucing-kucing terbiar merupakan satu inisiatif yang wajar kita puji.

Bagaimanapun, seorang pengguna platform X baru-baru ini meluahkan rasa terkejut apabila mendapati sebuah pusat perlindungan kucing di Klang, Selangor berada dalam keadaan tidak terurus meskipun ia baru dilancarkan dua minggu lalu.


Menerusi beberapa gambar dan video yang dikongsikan lelaki tersebut, pusat perlindungan terbabit berada dalam keadaan kotor dan makanan yang disediakan sukar diakses sehingga membuatkan haiwan-haiwan ini kelaparan.

Gwxl Nwbsaauiy3

Selain itu, beberapa ekor kucing juga kelihatan sudah tidak bermaya dan sakit serta pasir untuk dijadikan kawasan berak juga berselerak memenuhi ruang sangkar.

Screenshot 2024 09 02 125748

Dakwanya, ketika dia meronda kawasan itu, tidak kelihatan pekerja mahupun penjaga yang berada di situ untuk memantau kucing-kucing ini.

“Seperti sebuah kem tahanan kepada kucing-kucing ini apabila tempat perlindungan dibina dengan pengudaraan semula jadi tetapi tiada penebat pada bumbung, secara amnya menjadikannya sangat panas untuk kucing,” tulisnya.

Dalam pada itu, dia turut mempersoalkan tindakan pihak berkaitan yang tidak mengendalikan pusat perlindungan kucing ini dengan baik sehingga terjadi insiden sebegini.

Screenshot 2024 09 02 130024 Screenshot 2024 09 02 130046

Perkongsian itu telah mendapat pelbagai reaksi netizen, rata-ratanya menyeru pihak berkuasa untuk turun padang meninjau keadaan pusat perlindungan kucing itu dengan segera.

Memetik laporan New Straits Times, pihak Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) memaklumkan kerja-kerja menaik taraf di pusat perlindungan itu sedang dijalankan.

Tambahnya lagi, dakwaan mengenai kucing mati menerusi sebuah gambar yang ditularkan itu sebenarnya masih hidup. Pihak MBDK akan mengeluarkan kenyataan rasmi tidak lama lagi.

Difahamkan, pusat perlindungan kucing itu telah dirasmikan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin pada 18 Ogos lalu.

Sumber: X, NST

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.