in

“Ada yang korang minat?” – Ini Segelintir Bintang K-pop Yang Didakwa Nyatakan Sokongan Pada Israel

collage 27

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam yang kita semua tahu, situasi yang berlaku di Palestin masih berterusan dan rakyat di sana terus menderita diserang Israel secara berterusan.

Ekoran ini, ramai mengharapkan suara-suara orang berpengaruh seperti selebriti Hollywood, idola K-pop, ahli politik dan pempengaruh media sosial untuk menggunakan platform mereka untuk menyedarkan orang tentang realiti sebenar yang berlaku di Palestin pada ketika ini.


Tak cukup dengan itu, mereka turut memboikot beberapa jenama antarabangsa yang dianggap memberikan sokongan kepada Israel untuk meneruskan serangan ke atas Palestin dan pempengaruh dan selebriti yang menunjukkan sokongan kepada Israel sama ada secara langsung atau pun tidak.

Jadi pada artikel kali ini, kita akan senaraikan beberapa idola K-pop yang didakwa telah menyatakan sokongan mereka terhadap Israel secara terbuka mahu pun dengan mempromosikan barang-barang jenama yang diboikot.

1. Lee Suji (The Ark)

180211 더유닛 유닛G 17

Lee Suji sebelum ini pernah memuat naik posting di media sosial peribadinya mendoakan keselamatan Israel. Tapi tak lama selepas posting tersebut dimuat naik, dia telah menerima kecaman yang teruk dari netizen.

Namun begitu, tiada update sama ada Lee Suji ada mengeluarkan permohonan maaf selepas posting tersebut atau pun tidak.

2. Eric Nam

01 Eric Nam press photo CJ ENM 2019 billboard 1548.jpg

Tak lama selepas mengumumkan konsert jelajah ke Asia Tenggara termasuk rakyat Malaysia, peminat telah menemui bahawa penyanyi ini telah memberikan tanda suka kepada satu post di Instagram menyatakan yang dia bersifat neutral terhadap apa yang berlaku di Palestin.

Selepas menerima kritikan dari netizen Eric telah membuang tanda suka pada posting tersebut namun mengeluarkan kenyataan bahawa dia terpaksa membatalkan persembahan di Kuala Lumpur kerana bimbangkan keselamatannya selepas menerima banyak ugutan dari netizen di sini.

Selain itu, Eric juga turut menegaskan pendiriannya yang bersifat neutral dan bersimpati kepada kedua-dua pihak.

3. Choi Siwon (Super Junior)

1200px 150715 시원

Choi Siwon memang banyak dilanda kontroversi sepanjang kerjayanya dalam bidang hiburan. Namun apa yang membuatkan ramai peminat-peminatnya marah apabila penyanyi ini telah menghadiri Majlis Sarapan Doa Korea-Israel pada tahun lalu.

Tak cukup dengan itu, penyanyi ini turut memuat naik gambar dengan duta Israel. Walaupun telah menerima banyak kecaman dari netizen yang meminta agar dia memadamkan posting tersebut, gambar ini masih ada di page Instagram.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 최시원 • Siwon Choi (@siwonchoi)

4. June (iKON)

IKON Ju Ne New Kids Continue teaser photo 3

Baru-baru ini, satu video lama menunjukkan June dari kumpulan iKON dalam salah satu temubual menyatakan keinginannya untuk melawat Israel. Bila ditanya kenapa dia memilih lokasi tersebut, sarikata video tersebut mengatakan bahawa dia ingin “nak rasa sendiri politik negara itu”.

Pun begitu, beberapa peminat mengatakan bahawa sarikata tersebut menggunakan terjemahan yang salah dan sebenarnya penyanyi utama kumpulan ini mengatakan yang dia ingin merasai sendiri pemandangan di sana berbanding politiknya. Orang yang bertanggungjawab menterjemah video tersebut telah pun memohon maaf kerana mencetuskan kontroversi namun June tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai perkara ini.

Selebriti K-pop tiba-tiba promote produk boikot?

Kalau korang peminat selebriti di Korea, korang mesti tahu bahawa industri hiburan di sana ada undang-undang tegas tersendiri yang perlu dipatuhi oleh artis-artis di sana bila nak promosi sesuatu jenama. Biasanya, untuk mengelak kontroversi dari jenama yang diwakili oleh mereka atau sensitiviti politik.

Disebabkan ini, selebriti Korea biasanya akan membuang label jenama-jenama yang sebelum kongsikan gambar mereka bersama sesuatu produk. Namun begitu, baru-baru ni beberapa artis telah dilihat menunjukkan beberapa produk yang dikaitkan dengan Israel sehingga menerima kecaman dari netizen termasuk peminat mereka sendiri.

Antara yang terlibat adalah, Jeon Somi di mana penyanyi ini telah memuat naik posting di Instagram menunjukkan dia minum dari cawan jenama kopi terkenal.

2476046.jpg

Selain itu, dua ahli kumpulan Blackpink juga dilihat telah memuat naik gambar mereka di media sosial tanpa menutup jenama kopi terkenal.

2476047 side 1

Manakala ahli kumpula Aespa pula telah kongsikan mereka makan jenama makanan segera popular berserta jenama kopi terkenal yang sama termasuk meletakkan produk ini ketika sidang media.

2476084

Selain dari itu Hoshi dari Seventeen dan Doyoung, Jungwoo dan Jaehyun dari NCT127 juga turut mempamerkan jenama kopi terkenal di media sosial dan sidang media.

2476090 side

Disebabkan lambakan posting dari selebriti-selebriti terkenal secara tiba-tiba mempromosikan jenama kopi terkenal ini, beberapa orang membuat spekulasi bahawa jenama tersebut telah membayar idola-idola ini untuk membuat promosi.

Idola K-pop memang dikenali tak pernah langsung tunjuk jenama produk melainkan dorang adalah duta rasmi jenama tertentu. Sekarang, dalam masa dua hari ramai antara dorang yang post cawan S********.”

Ramai peminat telah mengkritik tindakan idola-idola ini walaupun ada yang mengatakan mereka mungkin tak sedar tentang apa yang berlaku di Gaza namun dakwaan ini telah dipatahkan oleh netizen lain yang mengatakan apa yang berlaku sekarang terlalu besar malah, rakyat Korea juga sering membuat protes menyokong Palestin. Jadi, mustahil untuk selebriti-selebriti ini tak sedar.

Hm…

Sumber: Hype, Dafunda, Sinar Daily

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.