in

“Ada yang bawa senjata” – Pelajar Malaysia Di Bangladesh Kongsi Detik Cemas Ketika Di Sana

Syaz Ft 2024 07 24T110551.239

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, seramai 123 pelajar Malaysia di Bangladesh selamat tiba di tanah air susulan konflik yang kini berlaku di negara itu.

Sebagai info, Bangladesh kini mengenakan perintah berkurung kebangsaan dan tentera telah dikerahkan selepas adanya protes besar-besaran berkenaan isu pengangguran yang sangat teruk susulan sistem kuota yang dilakukan oleh kerajaan negera itu.


Artikel berkaitan: Protes Bangladesh: Keluarga & Pelajar Malaysia Terkandas Akan Dipindahkan Esok

Artikel berkaitan: Rusuhan Di Bangladesh Buat Pelajar M’sia Di Sana Dalam Bahaya? Ini Apa Yang Berlaku…

Fb Img 1721745548356

Pelajar Malaysia di Bangladesh berkongsi pengalaman mereka ketika berada di negara itu dan ianya sangat menakutkan.

Mohd Haziq Syahmi, seorang pelajar perubatan berusia 33 tahun yang selamat pulang dari Bangladesh berkata protes berhampiran universitinya itu sangat ganas.

“Ramai yang terbunuh. Tujuh orang ditembak di kawasan saya. Kami sangat takut.

Wang kami cepat habis kerana kami tidak dapat mengeluarkan wang daripada ATM. Harga makanan melambung tinggi dan penduduk tempatan bercakap tentang krisis makanan yang akan berlaku,” katanya.

Dia juga berkongsi, ketika protes sedang berlaku sambungan internetnya dipotong sejak Khamis lalu.

Seorang lagi pelajar Malaysia, Syazanna Amira berkata dia terdengar dakwaan bahawa pasukan keselamatan Bangladesh mengeluarkan perintah tembak sesiapa yang melanggar perintah berkurung.

“Kami melihat orang ramai membawa senjata untuk rusuhan. Rakyat Bangladesh menasihatkan kami untuk pulang ke Malaysia kerana keganasan semakin teruk.

Kami mendapat panggilan pada hari Isnin memberitahu kami bersedia untuk dipindahkan. Saya sangat lega untuk kembali ke rumah,” tambahnya.

Semalam, seramai 123 rakyat Malaysia yang terdiri daripada 80 orang pelajar, tiba di Terminal 2 kira-kira jam 5 petang.

Sumber:  The Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.