in

“Ada virus Joker” – Pengguna Android Diminta Uninstall 8 Aplikasi Mengandungi Virus Berbahaya

Virus Joker Android FT Image

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Terdapat sebuah amaran terbaru dikeluarkan untuk kesemua pengguna Android susulan 8 aplikasi yang disyaki berbahaya tersebut telah dikeluarkan oleh pihak Google dari platform muat turun aplikasinya iaitu Playstore.

Amaran yang dikeluarkan oleh polis Belgium tersebut difahamkan susulan pengharaman terbaru terhadap 8 aplikasi tersebut oleh Google selepas mendapati aplikasi tersebut mengandungi malware atau virus berbahaya yang dikenali sebagai ‘Joker’.


Difahamkan, walaupun telah dikeluarkan dari platform muat turun tersebut, ini tidak bermakna mereka-mereka yang telah memuat turun aplikasi tersebut selamat dari perisian hasad ‘Joker’ ini.

Joker Virus Belgium

 

“Pengguna perlu uninstall aplikasi tersebut secepat mungkin”

Apa yang membimbangkan adalah malware Joker ini mampu memuat turun perisian intip dan sistem pelangganan premium kepada telefon mangsa dan akan membuat langganan bulanan yang mahal tanpa pengetahuan mangsa.

Menurut rekod, sebelum ini malware yang sama turut dikesan dan pada waktu tersebut, difahamkan mangsa kerugian sehingga £240 setahun (RM1,375) yang dibayar untuk ‘langganan’ premium.

Menurut pegawai siasatan jenayah siber, perisian hasad yang dikenali sebagai Joker ini mampu untuk mengakses mesej, nombor telefon yang disimpan dan segala data peribadi pengguna yang tersimpan dalam telefon pintar mangsa.

Polis Belgium

Menggunakan modus operandi yang sama, virus Joker 2021 ini turut membuat langganan premium kepada sesuatu aplikasi tanpa pengetahuan pengguna. Lebih dasyat, pengguna hanya sedar selepas menerima penyata kad bank yang dihantar setiap bulan yang menunjukkan mereka ada membuat langganan.

Berikut adalah senarai aplikasi yang dikeluarkan oleh pihak polis Belgium tersebut :

• Auxiliary Message

• Element Scanner

• Fast Magic SMS

• Free CamScanner

• Go Messages

• Super Message

• Great SMS

• Travel Wallpapers

Awal dikesan pada 2019, nampaknya virus Joker ini membuat penampilan semula, dan lebih mengejutkan, ia turut dikesan dalam banyak aplikasi yang dipercayai.

Walaupun amaran ini dikeluarkan oleh polis Belgium, tapi segala yang ada dalam PlayStore tersebut tersedia seluruh dunia termasuk negara kita! Jadi, pengguna android kat luar sana, berhati-hati lah ye, jangan main suka-suka je muat turun aplikasi dari sumber yang meragukan.

Baca : Sebelum TikTok, Ini 8 App & Mobile Game Yang Pernah Jadi Pilihan Rakyat Malaysia

Aplikasi Android Ft Image

 

 

Sumber: Microsoft

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.