in

“Ada simptom kurang waras” – Doktor Sahkan ‘Pramugari’ Mengaku Lari Dari Hospital Adalah Pesakit Psikiatri

Pramugari Lari

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tular tentang seorang wanita yang didakwa pramugari syarikat penerbangan di Singapura melarikan diri ketika menjalani ujian saringan Covid-19 di Hospital Parit Buntar.


Namun, menurut tuan empunya badan yang telah memberi penjelasan dia sebenarnya bukanlah pramugari seperti yang dikatakan sebaliknya, hanya pernah mengikuti kursus pramugari selama sebulan di Sungai Besi pada November tahun lepas.

Lari 2

Selain itu, ketika dihubungi wartawan dia mengaku melarikan diri namun bukan kerana sengaja tapi tak tahan kelaparan akibat menunggu terlalu lama di bilik isolasi.

“Memang saya mengaku saya lari. Saya dah tak tahan duduk situ, tanpa makan dan minum. Saya pun menangis dekat abang angkat saya cakap nak makan apa semua.” Tak apalah abang angkat saya pun bawa saya pergi makan. Lepas tu saya tak larat balik hospital, jadi saya baliklah rumah family abang angkat saya.”

Akui berlaku sedikit salah faham, dia telah pun kembali untuk mendapatkan rawatan dan kini ditempatkan di Hospital Taiping.

Bagaimanapun, wanita ini bukan sekadar menunjukkan simptom Covid-19 tetapi turut disahkan oleh doktor yang merawatnya bahawa dia mengalami simptom ‘psikiatri’ atau kurang waras, lapor Harian Metro.

Yana7

Ketua Polis Daerah Kerian Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata pada jam 3.45 petang kelmarin, wanita ini telah menyerahkan diri bersama ‘abang angkatnya’ berusia 26 tahun di perkarangan Hospital Parit Buntar sebelum diserahkan ke Hospital Taiping.

Selain mempunyai simptom Covid-19, suspek turut dikesan mempunyai simptom kurang waras dan kini dalam tindakan lanjut pihak Hospital Taiping.”

“Terdahulu suspek yang didakwa seorang pramugari syarikat penerbangan di Singapura, bukanlah pramugari sebenar sebaliknya tidak berkerja dan perkara itu disahkan sendiri oleh bapanya, Abdul Malek Ahmad, 45, sewaktu siasatan dijalankan pihak polis semalam.”

Yana1 1

“Suspek yang pernah memaklumkan kepada bapanya bahawa dia berkerja di sebuah kedai telefon di Sungai Dua, Pulau Pinang adalah alasan suspek untuk keluar dari rumah.”

‘Abang angkatnya’ itu dilaporkan telah menjalani ujian saringan kesihatan selepas dinasihati pihak polis dan keputusannya negatif. Kes kini sedang disiasat mengikut Seksyen 22 (B) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Baca: “Saya tak tahan, lapar…” – Pramugari Mengaku Lari Dengan Abang Angkat Sebab Tunggu Lama di Bilik Isolasi, Dah Kembali di Hospital

Pramugari

Sumber: mStar
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.