in

“Ada serangan seksual?” – Ini 5 Kontroversi Paling Hangat Yang Pernah Terjadi Dalam Anugerah ‘Golden Globe’

Cats 26

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang korang tahu, Anugerah Golden Globe 2024 baru saja diadakan beberapa hari lepas. Ianya merupakan suatu acara tahunan yang akan dihadiri oleh penggiat industri perfileman seperti pengarah dan pelakon yang bukan kaleng-kaleng tau!

Akan tetapi, seperti anugerah berprestij yang lain, ianya juga tak terlepas daripada beberapa kontroversi yang hangat diperkatakan dulu. Malah, ada yang melibatkan jenayah seperti serangan seksual tau! Jadi, kalau korang nak tahu kontroversi tu, korang kena baca artikel ni sampai habis!


1. Boikot disebabkan masalah kepelbagaian 

Z12

Untuk pengetahuan korang, Golden Globe telah diasaskan oleh Hollywood Foreign Press Association (HFPA) yang merupakan sebuah organisasi yang mewakili wartawan antarabangsa dalam dunia hiburan Amerika.

Nak dijadikan cerita, akhbar Los Angeles Times telah mendedahkan kekurangan kepelbagaian dalam kalangan ahli HFPA pada 2021 di mana ia mendakwa bahawa tiada langsung ahli yang berkulit hitam dalam organisasi tersebut.

Malah, HFPA turut dituduh atas kelakuan tak beretika dan amalan kewangan yang mencurigakan. Disebabkan tu, syarikat penyiaran, NBC yang telah menyiarkan anugerah tu sejak tahun 1996 tidak mahu menayangkannya untuk edisi ke-79.

Pada akhirnya, Golden Globe telah diboikot ramai orang sehingga menyebabkan NBC memutuskan partnership dorang dengan organisasi itu.

Artikel berkaitan: Cayalah! Ini 5 Movie Lokal Yang Pernah Mewakili Malaysia Ke Anugerah Oscar

2. Perletakan jawatan Presiden HFPA

Z14

Henry Gris yang merupakan bekas presiden HFPA telah meletakkan jawatannya itu pada tahun 1958. Sebabnya, dia mendakwa bahawa beberapa anugerah yang tertentu telah diberikan kepada pemenang secara tak adil.

Isu ni dikaitkan dengan klien dari sebuah firma iklan tunggal yang menang majoriti anugerah Golden Globe pada tahun yang sama. Henry juga mendakwa yang beberapa pemenang telah diundi secara adil oleh seluruh ahli persatuan itu manakala yang lain ditentukan oleh ahli lembaga saja.

Disebabkan itu, ia telah menjejaskan kredibiliti HFPA dan menimbulkan persoalan tentang integriti proses penganugerahan Golden Globe.

3. Hadiah ‘dibeli’

Z15

Pada 1982, terdapat satu kontroversi melibatkan seorang pelakon wanita, Pia Zadora yang telah menguatkan lagi keraguan dalam anugerah tersebut. Dia pada ketika itu telah memenangi anugerah Golden Globe sebagai pelakon perempuan terbaik.

Namun, ada rumor mengatakan anugerah tu diberikan padanya atas jasa suaminya, Meshulam Riklis. Dikatakan, suaminya telah bawa ahli-ahli HFPA bercuti di Las Vegas, beberapa minggu sebelum proses pengundian bermula. Disebabkan tu, ramai yang sangka kemenangan Zadora adalah tidak telus.

Apa yang menaikkan lagi sangkaan ini, isu yang sama berulang kembali pada 2011 di mana ada rumor mengatakan ahli HFPA telah diberikan percutian ke Las Vegas dan konsert peribadi demi mencalonkan filem Burlesque dalam kategori Best Picture.

Artikel berkaitan: Rangkul Anugerah ‘Creator Of The Year’, Pesanan Khairul Aming Buat Anak Muda Dipuji Ramai!

4. Dakwaan rasuah

12

Kalau dalam pertandingan atau anugerah besar macam ni, mesti ada yang terlibat dengan kes rasuah. Pada 2011, Golden Globe ada terbabit dengan satu skandal apabila bekas publisiti HFPA, Michael Russel memfailkan tuntutan mahkamah sebanyak 2 juta dolar terhadap ahli HFPA iaitu tiga hari sebelum anugerah tu berlangsung.

Ini kerana dia mendakwa ahli HFPA telah menyalahgunakan kedudukan mereka, terlibat dalam urus niaga tak beretika dan berpotensi untuk menyalahi undang-undang. Pada masa yang sama, dakwaan tersebut buatkan orang ramai makin tak percaya dengan HFPA ni.

5. Serangan seksual

13

Pada 2018, pelakon terkenal, Brendan Fraser mendedahkan dalam satu temuduga yang dia pernah menjadi mangsa serangan seksual bekas pengerusi HFPA, Philip Berk dalam satu event makan tengah hari di Hotel Beverly Hills.

Disebabkan tu, dia mengambil keputusan untuk tak menghadiri Anugerah Golden Globe 2023 walaupun dirinya dicalonkan bagi kategori Pelakon Terbaik dalam Filem Drama.

Sumber: TheEconomicTimes, AS

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.