Viral di media sosial semalam gambar seorang pemandu ambulans yang meninggal dunia selepas menghantar pesakit Covid-19 di Perak.
Walaubagaimanapun, Harian Metro melaporkan bahawa individu tersebut disahkan negatif daripada virus itu.
Hasil beberapa ujian saringan Covid-19 yang dilakukan terhadap Allahyarham sebelum ini adalah negatif, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Pesakit (pemandu ambulans) ada sejarah penyakit lain yang sedang dalam rawatan.” -Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Gambar pemandu ambulans itu tular dalam keadaan terbaring sambil memakai (PPE) sejak semalam.
Dapat dilihat ada beberapa petugas kesihatan mengerumuni mangsa dan cuba memberikan bantuan kecemasan..
Difahamkan, pemandu ambulans berkenaan menghidap penyakit asma dan sewaktu kejadian, Allahyarham dipercayai keletihan sebelum tidak sedarkan diri.
Baca : [Video] Pernah Dengar Siren Ambulans? Ini Perbezaan 2 Bunyi Siren Yang Korang Kena Tau