in

“Ada sebut laksa, tapir, harimau dll” – Ini Sebahagian Petikan Video Anime Jepun Yang Ada Unsur Malaysia

1Anime

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kecoh di media sosial baru-baru ini selepas satu siri anime ada menyebut negara kita dalam salah satu babaknya. Siri Anime dari Jepun, Jujutsu Kaizen ada menyebut untuk bersara di Kuantan, Malaysia selepas bertempur dengan musuh.

Sebenarnya, rujukan atau reference kepada Malaysia dalam siri-siri anime bukanlah sesuatu yang rare. Ada beberapa siri anime yang lain ada sebut atau masukkan unsur dari negara kita ke dalam jalan cerita.


Untuk korang yang tak percaya, min ada beberapa petikan video yang ada sebut atau masukkan unsur dari Malaysia. Himpunan video ini adalah hasil daripada @syizel__ di aplikasi X.

Nombor 1: “Boleh saya tanya?”

Petikan video dari siri anime yang pertama adalah berkenaan dialog yang disampaikan. Tak sangka kan, siap cakap BM lagi dengan pelat Jepun dia. Siapa lah yang tulis skrip anime ni.

 

Nombor 2: Suria KLCC

Walaupun tak pasti petika video ni dari siri anime yang mana, tapi penghujung video ni, watak tu ada dekat KLCC. Lebih tepat lagi Suria KLCC.

Mungkin penulis skrip ni pernah sampai dan lepak dekat KLCC kot, sebab tu dia masukkan sekali dalam anime ni.

 

Nombor 3. Mr. Harimau

Haaa yang ini macam lain sikit. Ada watak peninju dari Malaysia yang diperkenalkan dalam anime ini. Siap ada nama gelaran Mr. Harimau lagi. Tapi min geram sikit sebab peninju dari Malaysia tu nampak macam ‘kurang manusia’. Entah lah

 

Nombor 4: Laksa

Jangan terkejut kalau salah satu makanan popular negara kita pun pernah dipersembahkan dalam siri anime. Untuk siri ini, penulis anime memilih laksa sebagai hidangan yang dipertandingkan. Korang tengok lah macam mana impak laksa kepada watak dalam anime ni.

Artikel berkaitan: Ditemui Di Laut Dengan Kesan Serangan Haiwan, Pencipta Anime Yu-Gi-Oh! Meninggal Dunia

Artikel berkaitan: Kuantan Tiba-Tiba Trending, Rupanya Disebut Oleh Watak Terkenal Jujutsu Kaizen

Nombor 5: Durian

Biasalah kalau sebut durian, orang dari luar negara mesti kata buah yang busuk. Walaupun sekadar watak dalam anime, mereka juga tak terkecuali dari struggle nak makan durian.

 

Nombor 6: Tapir

Satu penghormatan untuk haiwan yang hampir pupus di negara kita, tapir. Tapir juga diperkenalkan dalam salah satu siri anime yang menonjolkan unsur dari Malaysia. Cuma min ada persoalan, boleh ke kita tunggang tapir macam dalam anime ni buat?

Mungkin ada banyak lagi siri anime yang kita tak tahu yang memasukkan unsur dan elemen dari Malaysia dalam penceritaannya. Kalau korang ada lagi selain yang min kongsi ni, boleh lah share lagi.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.