Sebagai umat Islam, kita diajar untuk bertanggungjawab dengan membantu orang lain yang berada dalam kesusahan.
Tular di Facebook, perkongsian seorang lelaki yang dikenali Abu Hurairah Roslan ketika dia bertemu dengan seorang lelaki lain yang berada dalam kekusutan kerana tidak mempunyai cukup wang untuk mengisi minyak kereta.
Katanya, kejadian itu berlaku ketika dia sedang dalam perjalanan pulang dari kerja dan singgah di sebuah stesen minyak selepas mendapati keretanya perlu diisi minyak.
Ketika berada di kaunter pembayaran, dia terdengar perbualan antara seorang lelaki dengan staf stesen minyak dan melihat lelaki tersebut kelihatan kusut.
Artikel berkaitan: Netizen Sebak Lihat Pak Guard Tertidur Demi Sesuap Nasi
Artikel berkaitan: Beri Baju Yang Dipakai Kepada Gelandangan Kesejukan Di Tepi Jalan, Ramai Kongsi Sikap Mulia Pakcik Ini
Lelaki tersebut sedang cuba mengisi minyak menggunakan kad debitnya, tetapi menurut staf di situ, kadnya tidak berfungsi.
“Saya ada RM3. Nanti tambah RM10 dari kad debit boleh? Dia tanya sambil wajahnya sugul.”
Lelaki itu kemudian mempersoalkan kenapa kad debitnya tidak boleh digunakan sedangkan terdapat baki sebanyak Rm18 di dalam akaun bank.
Tiada pilihan lain, lelaki itu memberikan RM3 yang ada padanya kepada staf untuk mengisi minyak keretanya.
Dia yang bersimpati dengan situasi lelaki itu, segera berlari ke arah lelaki tersebut untuk menawarkan bantuan.
“Saya ke arahnya dan tegur. Hai. Sorry. You tak cukup duit ke? Tak apa, saya tolong ok? Dia terkejut. Saya tolong you sebab RM3 mana cukup isi minyak,” katanya.
“Kawan tiada siapa tolong”
Tindakan Roslan membuatkan lelaki tersebut tersentuh hati dan tidak dapat menahan sebak sambil memohon maaf berkali-kali.
“Ohhh sorry. Sorry. Gaji belum masuk. I kena balik Tanjung Malim. Ada emergency.”
Lebih memilukan, lelaki itu mendedahkan tiada siapa yang mahu membantunya walaupun sudah meminta bantuan daripada kawan.
“Saya tak percaya ni. You datang macam tu saja. Tolong macam tu. Bagi nombor you. I gaji I bayar. Sorry,” ujar lelaki itu.
Perkongsian itu telah mendapat lebih 2,500 reaksi dan ramai netizen yang terharu dengan kebaikan dipamerkan oleh Roslan.
Sumber: Facebook