in

Ada Pihak Dakwa Polis Lindungi Sindiket Judi, Ini Respon Ketua Polis Perak…

collage 24

Kalau korang active di Twitter, mesti korang pernah ternampak ciapan dari satu akaun yang dinamakan Edisi Khas. Sejak membuka akaunnya pada November lalu, Edisi Siasat telah membuat pelbagai pendedahan tentang pihak-pihak berkuasa.

Terbaru, pihak Edisi Khas telah membuat dakwaan mengatakan bahawa negeri Perak penuh dengan kedai judi online dan pelacuran namun dilindungi oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM). Bukan itu sahaja, individu disebalik akaun ini turut mendakwa sindiket judi dan pelacuran telah memberi rasuah kepada pihak berkuasa supaya mereka boleh terus berleluasa.

https://twitter.com/ES_EdisiKhas/status/1493503155316740097

“Jangan baling batu, sembunyi tangan”

mior1

Ekoran dakwaan yang agak berat ini, Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid mengatakan bahawa maklumat tersebut adalah fitnah dan tak benar, lapor Sinar Harian.

Maklumat tersebut bagi saya merupakan fitnah kerana dia kata ramai pegawai mengambil kesempatan dengan kegiatan itu.

Dia patut tampil memberi maklumat supaya kita boleh bertindak. Jangan baling batu sembunyi tangan. Kalau betul, kita ada pihak tertentu yang buat siasatan.”

Selain itu, Datuk Mior turut menasihatkan pihak Edisi Khas untuk gunakan saluran yang betul sekiranya takut memberi maklumat kerana ada akta yang boleh melindungi identiti pelapor.

Maklumat yang diberikan itu secara am dan sekiranya boleh diberikan lokasi tepat, kita boleh ambil tindakan.

Saya mengesahkan tiada kegiatan pelacuran, bagi perjudian mungkin ada tetapi kami akan mengambil tindakan serius terhadap kegiatan ini.”

Tambahnya lagi, Polis Perak tidak akan berkompromi dengan kegiatan pelacuran mahu pun perjudian dan menegaskan maklumat yang didedahkan oleh Edisi Khas adalah tidak benar.

 

Baca: Apa Hukum Guna Wi-Fi Orang Lain Tanpa Kebenaran? Ini Penjelasan Dr. Zulkifli…

Screenshot 2022 02 17 at 11.33.46 AM

Sumber: ISMAweb