Beberapa tahun lepas, satu video viral apabila seorang lelaki yang merupakan pesakit bunuh diri (jiwa) dipukul oleh pihak polis dari Paterson, New Jersey telah mengundang kemarahan masyarakat dari negara tersebut.
Dalam video itu, mangsa Andrew Casciano, 31, diserang oleh pegawai polis sewaktu ingin mendapatkan rawatan di hospital. Difahamkan, puncanya hanya disebabkan Casciano lemparkan kotak sarung tangan kepada pihak polis tersebut, lapor The Washington Post.
Tampar pesakit jiwa, kawan tukang rakam sambil senyum.
Dia diserang oleh polis tersebut, ketika sedang terduduk diatas kerusi roda ketika di dalam bilik menunggu sebelum ditampar oleh polis lain ketika telantar diatas katil dalam private room.
Setiap tamparan yang dihayun oleh pegawai polis tersebut membuatkan darah terpecik di atas katil. Perbuatan itu dirakam oleh rakan sekerja suspek dan tular di media sosial. Korang tengok video ni, menyirapnya!
I’m so heartbroken. Andrew Casciano, the man police filmed themselves assaulting in a hospital, has allegedly died from suicide today.
I can’t help to think how much pain, hurt and anguish this incident and lawsuit with the city caused him. https://t.co/OH0jpAT78x
— zellie (@zellieimani) December 31, 2019
Kesemua pegawai polis tersebut telah ditahan, ketika disoal suspek Ruben McAusland melakukan perkara tersebut kepada mangsa kerana dia hilang sabar sebab mangsa tak respect dia sebagai polis.
Ketika ditangkap, difahamkan ada antara pegawai polis yang terlibat dalam kejadian tersebut didapati memiliki dan mengedar dadah!
Mereka mengaku yang mereka ‘curi’ kesemua bahan-bahan terlarang tersebut ketika ketika menjalankan tugasan melakukan serbuan! Salah guna kuasa, lepastu berlagak pula!
Mangsa trauma.
Disebabkan kejadian itu, mangsa yang merupakan pesakit jiwa jadi trauma dan failkan saman sebanyak USD 4 Juta (RM 16,350,400) setahun selepas kejadian itu kerana mentalnya terganggu sejak hari kejadian.
“Sekarang saya sedang dalam kesulitan, terutamanya secara mental. Bukan senang nak sembuh, pegawai yang pukul saya tu telah meninggalkan memori negatif yang sentiasa menghantui saya sepanjang hati”
Tambahnya lagi semasa kejadian itu dia dalam keadaaan sukar dalam diri untuk berhadapan dengan masalah. Ia jadi lebih teruk selepas kejadian itu berlaku.
“Pegawai polis sepatutnya ‘melindungi dan berkhidmat’ bukannya menyerang dan memalukan.” – Casciano, Northjersey.com , April 2019
Selepas beberapa bulan berlalu, Casciano ditemui mati akibat bunuh diri. Kesiannya, orang ada masalah jiwa lepastu kena mentally abused lagi mungkin dia jadi tak tahan.
Mangsa meninggal dunia akibat bunuh diri
Menurut Northjersey.com, Casciano ditemui mati di sebuah pangsapuri beberapa minggu lepas. Biarpun kedua-dua anggota polis yang mengganasinya telah ditangkap, proses saman pada waktu itu sedang berjalan.
Steven Greene, peguam yang memfailkan tuntutan undang-undang persekutuan atas nama Casciano, enggan mengulas ditanya apakah punca kematian pelanggannya terhadap kes pendengaran terhadap bandar.
Sumber-sumber yang banyak berkata Casciano nampaknya mati dengan bunuh diri pada 23 Disember di apartmen Katz Avenue yang sama di mana percubaan bunuh diri yang terdahulu.
Tempat dimana kali pertama dia cuba bunuh diri dan diselamatkan lalu dia diserang oleh McAusland di Pusat Perubatan Universiti St. Joseph.
Kesiannya dipukul tanpan sebab yang munasabah, bukannya orang tu ada buat jenayah pun.