in

“Ada kesan jerutan..” – Hilang Waktu Pagi, Suri Rumah Ditemui Mati Dalam Bilik Tidur Rumah

mangsa 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang wanita ditemui meninggal dunia disyaki dibunuh dalam bilik tidur rumahnya di Indera Mahkota pada petang Rabu.

mangsa 1
Sumber: Sinar Harian

Kali terakhir mesej pada pagi Rabu

Menurut bapa mangsa yang bekerja sebagai peniaga, mangsa gagal dihubungi selepas kali terakhir mereka membalas mesej melalui platform WhatsApp pada jam 8.30 pagi hari Rabu.


Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mayat wanita berusia 28 tahun itu ditemui oleh ibu mentuanya kira-kira jam 7.30 petang hari yang sama.

Pihak polis menerima laporan kehilangan mangsa oleh bapanya berusia 62 tahun (pengadu) kira-kira jam 3.25 petang pada Rabu.

Difahamkan, mangsa tinggal di rumah tersebut bersama suami yang merupakan warga China termasuk anak lelaki berusia tiga tahun serta adik ipar perempuan.

mangsa 1 1
Sumber: Sinar Harian

Ada jerutan pada leher

Susulan itu, pihak polis dihubungi suami mangsa dan memaklumkan suri rumah tersebut ditemui tidak sedarkan diri dalam bilik tidur dengan kesan jerutan pada leher, lapor Sinar Harian.

Mayat tersebut dibawa ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk proses bedah siasat dan empat ahli keluarga mangsa ditahan untuk membantu siasatan.

Susulan penemuan mayat wanita itu, polis telah menahan empat ahli keluarga termasuk suami, bapa, dan ibu mentuanya berusia 27 hingga 62 tahun untuk siasatan lanjut.

Semua yang ditahan akan direman untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tular di Facebook mengenai kehilangan seorang suri rumah sebelum dia ditemui meninggal dunia dalam bilik tidur rumahnya.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.