in

“Ada kanak-kanak takut & menangis” – Kecoh! Orang Awam Baling Batu Ke Arah Bas Rombongan Sekolah

bas rombongan dibaling batu orang awam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tular sebuah video memaparkan sebuah bas yang membawa rombongan murid Tahun Enam dibaling batu oleh orang awam dalam kejadian di tepi jalan berhampiran Pusat Asas Tentera Darat (PUSASDA) di Port Dickson.

Video berdurasi 39 saat itu memaparkan beberapa individu menjerit sambil memaki hamun ke arah pemandu bas terbabit.


Difahamkan, kekecohan berlaku apabila orang awam yang berada di bahu jalan bertindak membaling batu ke arah bas berkenaan kerana membunyikan hon terhadap kenderaan yang diparkir di tepi jalan.

Menurut sumber, turut dimaklumkan terdapat kanak-kanak yang ketakutan selain ada juga yang menangis. Difahamkan, bas berkenaan dalam perjalanan lawatan ke Kuala Lumpur.

Artikel berkaitan: Operasi Kg Sungai Baru Tegang, Ketua Polis Dang Wangi Cedera Dibaling Batu

Artikel berkaitan: Bas Sekolah Hilang Kawalan, Rempuh 2 Pelanggan Gerai Nasi Kukus Tepi Jalan

Screenshot 2025 11 14 124347

Seorang wanita yang mendakwa anaknya dalam bas berkenaan berkata kejadian berpunca pemilik kenderaan yang meletakkan kenderaan di bahu jalan sehingga menghalang lalu lintas menyebabkan bas berkenaan tidak dapat bergerak.

Pada masa sama, pendedahan daripada seorang guru yang menaiki bas itu mengatakan keadaan jalan yang sempit menyukarkan bas untuk bergerak.

“Sebaik tiba di depan PUSASDA, bas terpaksa berhenti disebabkan laluan sangat sempit kerana berselisih dengan lori tangki minyak dari arah bertentangan.

“Kemudian bas itu terpaksa berhenti agak lama kerana terdapat empat kereta dipakir secara bertindih,” katanya.

Melihat keadaan itu, pemandu bas terpaksa membunyikan hon agak lama supaya didengari oleh pemilik kenderaan terbabit namun ada orang awam yang tidak berpuas hati mula melakukan provokasi dengan memaki hamun pemandu sehingga berlaku kejadian membaling batu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Maslan Udin berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian itu.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.