in

“Ada kajian tahap klinikal pun, takkan terima” – TikToker DR1 Share Dakwa Bukan Semua Supplemen Produk Sampah

Ft Dr Wan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pempengaruh yang terkenal dengan perkongsian mengenai hal-hal perubatan, Muhammad Hazwan Nazri atau lebih mesra dengan gelaran DR1 Share mendakwa bahawa bukan semua produk supplemen itu dikategorikan sebagai ‘produk sampah’ seperti mana yang dikatakan oleh segelintir doktor.

Dalam penjelasannya menerusi satu sesi podcast, DR1 Share mengatakan bahawa kebanyakan doktor dari hospital kerajaan ‘pukul rata’ mengatakan bahawa semua produk supplemen itu tidak berguna.


Artikel berkaitan : Dr Wan Tampil ‘Backup’ Boss Susu, Perjelas Bahayanya Maltodextrin Sebagai Pengganti Gula

Artikel berkaitan : Doktor Ini Jelaskan Supplement Untuk Ibu Mengandung Bukan ‘Sampah’ Kalau…

“Doktor kerajaan mentaliti memang macam tu, walaupun supplemen yang ada kajian tahap klinikal sekalipun, diaorang takkan terima, tetap supplemen sampah.

“Diaorang pukul rata supplemen yang datang dari timbang kilo ke, yang jenis macam buat daripada kilang OEM sekalipun walaupun dah ada makmal gila punya diaorang still consider sebagai sampah.”

  Screenshot 2024 09 09 155841

Jelas Wan, sesetengah doktor didakwa menganggap supplemen itu membebankan hati dan buah pinggang. Malah Wan juga ada memberikan contoh situasi antara peniaga supplemen dan pakar bedah bariatrik.

“Pakar bedah yang untuk kurus ni kan, tak suka dengan stem sel yang bantu untuk turunkan berat badan. Hanya makan, cucuk untuk turun berat badan, padahal aku buang perut, kecilkan usus untuk turunkan berat badan, jadi masing-masing berlawan untuk interest masing-masing. Bisnes.”

Bahkan Wan juga mendedahkan yang doktor dan pengasas produk supplemen yang ada menggunakan khidmat doktor dan saintis dalam bidang Nutraceutical juga sering ‘berlawan’ dengan pendirian masing-masing.

Screenshot 2024 09 09 155822

“Sebab tu ada doktor pro supplemen, pro vaksin, anti vaksin, masing-masing tu nak kekalkan dominan sebenarnya. Okay kalau betul anda kata supplemen saya buat ini boleh rosakkan buat pinggang, buktikan.

“Dia takkan boleh bukti sebab sebelum supplemen tu dibuat, dia dah buat ujian Nephrotoxic, ujian yang nak mengatakan supplemen ni betul ke boleh rosakkan buah pinggang, pastu ujian tu kata tak, peratusan rendah. Maksudnya doktor tak boleh buktikan supplemen yang kita buat dan betul-betul ada study boleh rosakkan buah pinggang.”

Bagaimanapun, Wan tidak menafikan bahawa memang ada supplemen yang tidak menepati garis panduan standard yang ditetapkan.

“Yang ada dadah terkawal, contoh steroid ke apa kan, yang boleh rosakkan buah pinggang, memang ada, cuma jangan pukul rata semua supplemen lah.”

Selain itu, Wan juga ada menjelaskan secara terperinci kenapa supplemen memang diperlukan oleh seseorang.

Screenshot 2024 09 09 155801

“Supplemen tak diperlukan? Contoh kita manusia perlukan vitamin C dalam badan 90 mg dan perempuan 75 mg contoh, tapi kalau kita makan supplement 400mg adakah semua 400 masuk dalam badan? Tak, boleh dikatakan separuh atau 80% akan dibuang.

“Contoh ada 800mg dan hanya 200mg je serap dalam badan, contoh macam mana kita buah yang ada vitamin C untuk menyamai 200mg, 16 biji oren, kita mampu ke?”

Wan juga ada berikan contoh-contoh lain yang korang boleh tengok menerusi video di bawah.

@youusaff

Produk @DR1 SHARE – SCIENTIFIC REVIEW

♬ Suspense, horror, piano and music box – takaya

Dr Wan juga tidak menafikan bahawa supplemen memang tidak memberi jaminan dalam memanjangkan jangka hayat hidup seseorang, tapi mampu memberikan kualiti kehidupan seseorang.

Walau bagaimanapun, apa yang dinyatakan DR1 Share ini adalah pendapatnya yang tersendiri dan bagi mereka yang bercadang untuk mengambil supplemen, disyorkan untuk merujuk doktor atau mereka yang lebih arif dalam bidang ini.

Apa pendapat korang tentang ‘pendedahan’ DR1 ni? 

Sumber : TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.