in

“Ada juga orang macam ni”- [VIDEO] Tak Tahan Bau Durian, Member Lari Sampai Tutup Muka Dengan Mangkuk

Cats 109

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam banyak-banyak musim dekat Malaysia, musim durian adalah musim yang semua orang nanti-nantikan. Bagi penggemar ‘raja buah’ ini, waktu ini memang diorang akan borong durian banyak-banyak dan makan sepuas hati.

Tapi, ada juga tau orang yang tak gemar makan durian. Jangan kata makan, bau pun tak boleh.


 

Lari sampai tutup muka dengan mangkuk

Menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik oleh AnyahDauz di Tiktok baru-baru ini, dia sempat merakam reaksi rakan serumahnya yang jenis tak suka dengan durian.

@anyahdauz

member xmakan durian kita pulak antoo durian…ada x yg xmakan durian mcm member anyah ni cuba tag #fyp #fypシ #anyahdauz #mttsk #sempoi21 #🤙🏻kawtim

♬ original sound – AnyahDauz🤙🏻 – AnyahDauz

Waktu member dia tengah leka basuh pinggan dekat dapur, pemuda tersebut tiba-tiba datang  secara diam dari belakang sambil pegang seulas durian.

Korang boleh tengok reaksi member dia bila nampak durian yang pemuda itu pegang. Memang dia terus berhenti basuh pinggan dan mengelak habis-habisan siap tutup bahagian hidung dia dengan mangkuk.

Durian2 1

Bukan itu sahaja, lelaki itu juga dilihat berulang kali untuk cuba tepis tangan kawan dia yang tengah pegang durian.

Alahai, rupa-rupanya dia memang fobia dengan bau durian dan menyifatkan bau durian itu busuk. Pelik tapi benar ye korang sebab ada ramai je orang yang macam dia.

 

Ada juga yang tak boleh makan durian

Di ruangan komen video tersebut, ada juga yang berkongsi pengalaman sama bila diorang pun selalu diusik sebab jenis tak makan durian juga.

Whatsapp Image 2021 06 29 At 2.50.20 Pm

Nak buat macam mana kan dah dia tak suka durian.

 

Sumber: AnyahDauz

Baca:”Singgah sekejap je”- Jamal Abdillah Disiasat Polis Langgar SOP Lepas Viral Foto Makan Durian Sambil Berkaraoke

Capture 72

Sumber: Tiktok
Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.