in

“Ada isu peribadi” – Polis Reman Jurugambar Guna Kamera Puk*l Pereka Fesyen

syaz ft 2025 01 10T101100.796

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, kecoh di media sosial apabila satu acara bertukar kecoh ketika seorang jurugambar dikatakan bertindak agresif dan menyerang dua orang pereka fesyen.

Video insiden tersebut tular di media sosial, acara itu turut dihadiri usahawan kosmetik terkenal Dato’ Seri Vida.


Artikel berkaitan: Angkara Curang, Jurugambar Sambilan Maut Ditikam Kekasih

Artikel berkaitan: “Kejar sampai hospital” –  Lelaki Maut Diserang Sekumpulan Individu Bertopeng

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar mengesahkan jurugambar itu telah pun ditahan, pihaknya menerima dua laporan berhubung kejadian pada pukul 11 malam itu.

@mstarmalaysia

Razman Razmi tidak menolak masalah hutang menjadi punca mereka diserang secara tiba-tiba #sembangentertainment #mstar #beritatiktok #razmanrazmi

♬ original sound – mStar Official – mStar Official

“Lelaki berusia dalam lingkungan 30-an itu ditahan di lokasi kejadian. Kita turut merampas kamera yang digunakan sebagai senjata dalam kejadian tersebut.

Dalam kejadian itu, mangsa yang berusia 53 dan 47 tahun mengalami kecederaan di pipi,” katanya.

Beliau turut berkongsi kejadian dikatakan berpunca daripada isu peribadi yang berlaku antara suspek dan kedua-dua mangsa.

“Satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan. Suspek direman selama dua hari bermula hari ini (Khamis). Polis sudah mendapat arahan untuk menuduh lelaki itu di Mahkamah Majistret Petaling Jaya esok (Jumaat),” katanya.

Difahamkan, insiden itu berpunca dari isu jual beli kereta di antara pelaku serta pereka fesyen, Razman dan Razmi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)

Sumber: Kosmo!, Instagram

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.