Seringkali kita melihat penampakan makhluk halus atau kejadian seram berlaku di kawasan yang memang diketahui ‘keras’ atau tidak dihuni dalam jangka masa yang agak lama.
Tapi kali ini situasi menyeramkan itu berlaku di Parlimen ketika ahli parlimen sedang bersidang. Uiks!
Menerusi perkongsian video netizen di Twitter, kelihatan Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh sedang memberi penjelasan berkaitan isu rayuan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkenaan Taman Rimba Kiara.
Kerusi belakang pusing sendiri ??? pic.twitter.com/Fsv74ggYyG
— Raaj (@mraaj89) September 22, 2021
Namun apa yang menarik perhatian netizen ialah kerusi di belakang Hannah kelihatan ‘bergerak sendiri’ ketika ahli parlimen tersebut sedang berucap. Alamak….
“Parlimen lama sangat kosong”
Video tersebut membuatkan ramai netizen berspekulasi bahawa kemungkinan besar ada ‘penghuni misteri’ di belakang Hannah.
Namun Hannah menerusi satu posting di Facebook membalas dengan santai, dia akan menjawab mengenai hal tersebut dalam jawapan bertulis pada minggu depan. Hiks! Relax je YB kita ni.
Korang agak-agak yang buat kerusi tu bergerak hantu ke angin je? Serammm!
Baca: “Dah macam hantu!” – [VIDEO] Gadis Bertelekung Main Skuter Malam-malam, Seram Tapi Lawak!