in

Ada Gelatin Babi Tapi ‘Tampal’ Logo Halal? JAKIM Perjelas Isu ‘Soft Candy’

gummy viral

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika anda banyak menghabiskan masa di aplikasi TikTok, pasti ada ternampak mereka yang menjual gula-gula gummy yang berinti jem berperisa buah-buahan.

Malah, gula-gula yang juga dikenali sebagai jajan viral itu juga mendapat perhatian ramai dek kerana rupanya yang comel dan rasanya yang sedap.


Pun begitu, baru-baru ini tular beberapa keping gambar yang menunjukkan produk itu ada kandungan gelatin babi tetapi dalam masa yang sama di labelnya itu tertera logo halal.

gmmn

Perkara itu sememangnya menimbulkan kerisauan netizen, mana taknya makanan yang tengah viral kan?

Malah ramai juga netizen yang tertanya-tanya, bagaimanakah gula-gula tersebut boleh dijual di pasaran dan lebih membimbangkan, gummy itu juga dijual secara terang-terangan di media sosial serta platform jual beli online.

Tidak diiktiraf – JAKIM

Dalam tinjauan laman Facebook Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), sebuah kenyataan berkenaan jajan viral itu telah dikeluarkan.

https://www.facebook.com/HabHalalJakim/posts/pfbid0CyhZVtMNETkpmt3ZUJVoBE1SAdpi76Ziza5HQVrfZpk1Cx4x2Uv6uDfjZXPBvdfXl

Difahamkan, produk tersebut telah menggunakan logo halal yang tidak diiktiraf oleh JAKIM dan penggunaan logo halal itu adalah salah mengikut Akta Perihal Dagangan 2011 dan boleh dikenakan tindakan perundangan.

Selain itu, pihak JAKIM juga memberitahu pengguna Muslim dinasihatkan untuk tidak memilih produk berkenaan dan meneliti terlebih dahulu label bungkusan produk sebelum melakukan sebarang belian dan transaksi.

Jangan main makan je tau, periksa dulu!

Baca: Makanan Yang Sama Sejak Umur 5 Tahun, Chef Ini Dedah Makanan Kegemaran Ratu Elizabeth

2Ratu

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.