Nama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun menjadi bualan hangat netizen di media sosial sehinggakan menjadi trending di Twitter, semalam.
Semuanya bermula apabila beberapa netizen berkongsi foto terbaru beliau yang kini dilihat kurus dan lebih bergaya berbanding dulu. Melalui gambar perbezaan dulu dan kini, memang boleh nampak banyak perbezaan berat badan beliau.
https://twitter.com/jnmalaysia/status/1358957639774834689
I can’t believe my eyes. Lawanya Dato Seri Rina Harun ? pic.twitter.com/8jHreHr56v
— Nely (@Nelysa73) February 9, 2021
Penampilan itu agak mengejutkan ramai netizen apabila ia dikatakan berlaku dalam tempoh yang singkat dan sebelum ini, menteri itu disahkan positif Covid-19 pada awal Januari lepas.
Disebabkan itu, tidak semena-mena netizen menjadi ‘detektif’ untuk ‘korek’ maklumat dan rahsia penurunan berat badan beliau. Sejak semalam, hangat diperkatakan juga tentang prosedur bariatrik di mana netizen percaya Rina Harun telah menjalani pembedahan yang memakan kos puluhan ribu ringgit itu.
Bukan itu saja, netizen juga berjaya ‘korek’ maklumat tentang doktor yang melakukan prosedur pembedahan bariatrik terbabit terhadap Rina Harun berserta dengan gabar dipercayai ketika sesi konsultasi menteri itu bersamanya.
Ramai yang turut berkata mereka tidak terkejut jika benar Rina Harun menjalani pembedahan itu kerana ianya memang akan membuatkan berat badan susut secara mendadak. Jadi, tidak hairanlah jika perubahan Rina Harun itu berlaku dalam masa yang singkat. Seorang netizen berkata,
Memang sapa yang potong usus boleh jadi kuruihhhh kawan saya pun buat dohhhhh, Tak apa lah, dia ada modal. Kita ni modal nak bayar bil letrik pun sangkut-sangkut.”
Tiada kenyataan dari beliau tentang desas desus itu setakat ini namun melalui Twitter, seorang netizen berkongsi sebuah video menunjukkan Rina berkongsi apa yang dilakukannya iaitu, berbasikal dan pemakanan yang sihat.
Reporter: “you look fit, how do you do it?”
Rina Harun: “Cycling, diet and it is important that the intention is to be healthy” pic.twitter.com/U5dZUeGUWM— not typical. (@JustinTWJ) February 9, 2021
Pembedahan bariatrik tu bukan semata-mata untuk kurus dengan cepat tapi kebanyakan kes adalah disebabkan kesihatan sebenarnya. Tak kisahlah beliau buat pembedahan ke apa kan, yang penting jom amalkan gaya hidup sihat. Ah gituuu.
Okay jom beli basikal.