in

“Ada dua orang kat dalam” – Naik LRT Sorang-Sorang, Ada ‘Pakcik Mengikut’ Lelaki Ni Sampai Ke Rumah

Pocong

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Masa Khey Amir nak balik lepas lepak dengan kawan, dia terpaksa menaiki LRT terakhir memandangkan aktiviti habis lewat malam. Ketika perjalanan dari Dang Wangi ke Taman Melati tu ada ‘benda’ kacau dia.


Meremang admin bila baca sorang-sorang.

 

Berseorangan dalam tren menghala ke Gombak

Benda ni terjadi masa Khey berumur 19 tahun, waktu tu arwah ayahnya masih ada lagi. Masa kat dalam LRT mula-mula tak ada apa, sampailah dia ada tegur seorang pakcik ni.

Lrt2

 

Lrt3 Lrt4

Masa tren tengah berjalan, ada 3 orang penumpang sahaja yang masuk masa tu termasuklah Khey, seorang jauh sikit daripada seorang lagi pakcik yang duduk berhampiran dengan dia.

Ketika dia sedang berbual dengan pakcik tu, seorang lagi hanya merakam sahaja mereka sedang berbual. Lepas penumpang lagi sorang tu tunjuk video kat Khey, dia tengok…

 

Tengah berbual sorang-sorang

Lrt5

Masa kat dalam tren menuju ke Wangsa Maju, hanya tinggal dia sorang-sorang sebab bro yang tukang rakam tu dah turun kat Setiawangsa. Termasuklah pakcik tu.

Walaupun hanya 3 stesen nak sampai ke Wangsa Maju dari Setiawangsa, Khey tak dapat tahan rasa menggeletar dia nak sampai, ye lah mata kasarnya seorang, tapi boleh jadi ‘berdua’ dengan ‘pakcik’ tu.

 

‘Pakcik’ turun kat Wangsa Maju..Sempat bagi senyuman

Lrt6

Ketika dia dah sampai ke Taman Melati, tiada siapa yang nak jawab panggilan dia, ya lah dah larut malam kot.

Nak tak nak kenalah jalan kaki menuju kerumah, tapi dia ternampak benda lain.

 

Ada orang tua duduk kat tengah lorong

Lrt7

Memandangkan dia sampai rumah lambat kena lah tidur kat luar, arwah ayahnya ada sediakan van kat depan rumah untuk sesiapa yang pulang lewat tidur.

Disebabkan dia masih diluar rumah, kedua-kedua ‘benda’ tu mengikut rupanya. Sambung baca sini apa yang dia kena.

 

Van macam ada orang goyang kan…Tingkap belakang diketuk…’Pakcik’ dalam tren tengah jenguk kat tepi tingkap.

Lrt8

Rupa-rupanya ayah dia tahu apa yang terjadi kat anak dia, sebab ayah dia dah perhatikan dari dalam tingkap dan sengaja nak ajar Khey sebab balik rumah lambat.

Arwah ayah Khey ni tukang ubat orang, jadi tak mustahil lah dia pun lalui perkara-perkara sebegini.

 

Ada ‘nenek’ atas van, satu persatu ‘benda tu’ pusing-pusing jenguk

Lrt9

Keesokkan harinya, dia pun pergilah berubat, silapnya sebab dia ‘kena tegur’ masa kat dalam tren. Hmm, kadang-kadang kepercayaan orang-orang tua tu tak boleh nak kata karut seratus peratus, ada benarnya juga kena kita tak digalakkan balik lewat malam. 

 

Baca : [Video] Seram! Lelaki Terkejut Angklung Bermain Sendiri, Batal Hasrat Nak Main Alat Muzik Untuk Kejut Sahur

Angklung

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.