Sebelum ini ada banyak spekulasi tentang status halal gula-gula White Rabbit dan akhirnya terjawab.
Menerusi WORLD OF BUZZ, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuiziah Salleh baru-baru ini ada mengeluarkan kenyataan di TV Al Hijrah bahawa makanan ringan yang menjadi kesukaan kita waktu membesar ni disahkan HARAM.
Produk itu telah dihantar untuk jadi uji kaji di Jabatan Kimia Negara susulan dengan pertikaian oleh Kementerian Hal Ehwal Agama (MoRA) awal Mei lepas.
Kementerian telah mengesahkan bawa mereka sudah membuat ujian terhadap gula-gula itu dan mengesahkan bahawa ia mempunyai protein babi. Pihak JAKIM pula menemui DNA lembu dan babi.
Status halal ini mula di persoalkan kerana syarikat pembuatan produk tersebut tak pernah membuat pengesahan terhadap status halal pada produk tersebut.
Disebabkan pertikaian oleh MoRA, JAKIM terus membuat tindakan susulan berikutan isu ini menular ke media sosial.
Malah ada khabar angin daripada agamawan dari Brunei yang telah mengesahkan ianya tak halal. Selain itu, Menteri Hal Ehwal Islam Sarawak, Abdul Rahman Junaid, dalam masa yang sama pada Mei lepas menjelaskan berkenaan dengan ketiadaan logo halal pada produk itu.
Tambahnya lagi, dia akan mengeluarkan kenyataan rasmi apabila status halal telah disahkan.