Zaman sekarang, boleh dikatakan tahap kelulusan dan jenis pekerjaan itu tidak melambangkan betapa banyak gaji yang individu itu peroleh.
Ada yang kerja bagus dan mempunyai latar belakang pendidikan tinggi pun masih underpaid dan ada juga yang kerja sendiri/kerja biasa tapi hasil pendapatan jauh lebih tinggi.
Buktinya, kita dapat lihat sendiri tawaran gaji yang diberikan oleh majikan ini dan ia telah menarik perhatian netizen, terutamanya golongan muda.
Gaji RM3,800 weh jadi maid
Ada perkongsian daripada satu group di Facebook telah menarik perhatian seorang netizen dan ianya dikongsikan semula di Twitter, perkongsian itu viral dan telah meraih lebih daripada 1,500 jumlah retweets sejak ia dikongsikan beberapa hari lepas.
Dalam perkongsian itu, dilihat seorang majikan yang tinggal di Shah Alam kini sedang mencari pembantu rumah dan menawarkan gaji sebanyak RM 3,800 sebulan dengan hanya melakukan tugasan seperti jaga 2 orang anak yang berumur 10 dan 6 tahun, masak untuk anak dan kemas rumah.

Cuti akan diberikan sehari setiap minggu dan tawaran itu telah membuatkan netizen yang terutamanya golongan anak muda makan hati bila membacanya.
Difahamkan, ada sahaja yang tawar gaji lebih tinggi daripada ini, bergantung kepada berapa orang anak yang calon kena jaga.
Ada degree RM 2,500? Lemah – Netizen

Walaubagaimanapun, ramai juga berpendapat bahawa kerja sebagai pembantu rumah ini bukan lah satu kerja yang mudah kerana mungkin waktu tidak menentu.
Baca : Supermodel Gigi Hadid Dermakan Gaji Fashion Week 2022 Kepada Mangsa Ukraine & Palestin

