in

“Ada dalam SOP ke?” – Lelaki Kena Saman Seribu Sebab Keluar Rumah Lepas Pukul 10 Malam

Nightime 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semasa MITI keluarkan senarai SOP yang perlu dipatuhi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 ini, tak ada pula dalam senarai yang individu tak boleh keluar rumah pada waktu-waktu tertentu. Ke terlepas pandang?

Namun, seorang lelaki telah disaman RM1,000 kerana keluar dari rumah selepas pukul 10 malam di Sungai Besar, Selangor.


Menurut gambar yang dimuat naik di Facebook, insiden ini berlaku pada 21 Januari lalu dan saman itu telah dikeluarkan pada pukul 11.25 malam.

141285156 3889529077736077 8308663941283828744 N

Dalam surat saman tersebut, pihak polis telah menulis saman mengatakan lelaki tersebut telah keluar rumah selepas pukul 10 malam.

Keluar rumah tanpa justifikasi selepas pukul 10 malam.”

Namun beberapa netizen yang komen pada posting ini menjelaskan, walaupun ia tak disebut dalam SOP, semua kedai termasuk restoran telah pun tutup pada waktu itu, jadi tak ada sebab untuk sesiapa keluar ketika itu.

Screenshot 2021 01 26 At 1.25.13 Pm Down

Apa pendapat korang?

 

Baca: “Dia minta surat daripada majikan” – Peniaga Warung Kena Saman RM1,000 Masa Nak Balik Rumah Dalam Daerah Sama

Screenshot 2021 01 26 At 1.39.30 Pm

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.