in

Ada ‘Common Interest’ Dekat Haiwan Repitilia, Suami Jadikan Ular Sawa Sebagai Mas Kahwin

mas kawin ular 1

Satu majlis perkahwinan di negara jiran telah  menarik perhatian warganet di Indonesia kerana menjadikan ular sawa sepanjang 1 meter sebagai mas kahwin.

Lelaki yang dikenali sebaggai Sigit Agus Setiawan ini jadikan ia sebagai hadiah buat isterinya,Tiara Puspita Dewi. Idea nak berikan hadiah tersebut mula tercetus saat mereka berdua mengunjungi pameran reptilia sebelum perkahwinan mereka berlangsung.

 

Ketika datang ke pameran, saya suka seekor ular di situ”

mas kawin ular

Tiara berkata, dia mengunjungi pameran itu bersama suaminya dan mengaku teruja melihat reptilia berkenaan. Kebetulan suaminya juga minat dengan reptilia, itu lah yang ‘menggerakkan’ Sigit untuk membelinya dengan harga RM773 danmenghadiahkan kepada Tiara masa mereka kakhwin.

“Saya tidak tahu dia membelinya (ular itu) untuk mas kahwin,” kata Tiara.

Minat yang sama iaitu penggemar reptilia merupakan salah satu penyebab mereka menjalinkan hubungan cinta, menurut Tribun.

Ketika meraikan majlis perkahwinan mereka di Kampung Pasir Jambu, Sukaraja, Bogor, ular itu juga dibawa dan dipamerkan untuk tetamu.

Ia juga ditayangkan ketika sesi bergambar kedua-dua mempelai di pelamin.

“Ketika resepsi pun ular itu kita bawa…cuma ke pejabat urusan agama…tidak bawa,” ungkap Tiara.

Bagi Sigit pula, akibat reptilia itu, majlis pernikahan mereka itu heboh dalam kalangan jiran.

“Jiran dari yang jauh sampai yang dekat bercakap mengenainya, semuanya menceritakan mas kahwin ular,” kata Sigit.

Selain itu, pihak keluarga sebenarnya menolak mas kahwin ular itu namun selepas diterangkan, keluarga mereka akhirnya mengizinkan. Kata Sigit ular sawa itu tidak secara rasmi tercatat di pejabat agama sebagai mas kahwin.

Bagaimanapun, rekod rasmi menunjukkan mas kahwin sebenar adalah cincin dan kelengkapan solat demi mengelak masalah berbangkit.

Ular itu kini menemani rumah tangga pasangan itu sebagai tanda janji suci dan juga sebagai kenangan yang menyatukan mereka.

 

Baca : Lelaki Ini Beri Ular Peliharaan Makan Kucing, Siap Ada Stok Untuk Sebulan!

ular

Sumber: Tribun