in

“Ada apam balik, rojak..” – Gadis Kongsi Suasana Moreh Masjid Bukit Jelutong, Dah Macam Kenduri!

moreh 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebanyakan masjid ataupun surau akan menyediakan hidangan moreh selepas selesai solat sunat tarawih pada bulan Ramadan dan selalunya juadah yang diberikan hanyalah makanan yang ringan-ringan sahaja.

Satu video telah tular di TikTok menunjukkan suasana moreh di salah sebuah masjid yang terletak di Shah Alam, Selangor.


Moreh macam kenduri

Dalam video tersebut, pemilik video telah merakam beberapa gerai seperti apam balik, aiskrim, rojak yang dibuka di luar Masjid Bukit Jelutong. Ada juga disediakan kuih-muih seperti donat, cakoi dan sebagainya.

Artikel berkaitan: “Tak elok simpan..” – Makanan Dari Bazar Boleh Cepat Rosak Walau Disimpan Dalam Peti Sejuk?

Artikel berkaitan: Upload IG Story Moreh Burger, Netizen Tuntut Pencerahan Neelofa

Sama seperti di kenduri kahwin atau bazar Ramadan, peniaga apam balik, rojak dan aiskrim akan menyediakan makanan setelah dipesan oleh jemaah masjid.

Terima kasih orang Shah Alam yang sponsor makanan, semoga dimurahkan rezeki. Tahun depan jumpa lagi InsyaAllah Amin. – kapsyen video

Seperti yang kita tahu, pada bulan Ramadan ini ramai orang akan berebut pahala dengan cara memberikan makanan secara percuma kepada orang lain dan masjid ini juga turut mendapat sumbangan daripada mereka yang pemurah dan baik hati.

@vndrslc

thank you orang2 shah alam yang sponsor makanan, semoga dimurahkan rezeki. tahun depan jumpa lagi insyaAllah amin ???? #shahalam #bukitjelutong #ramadan

♬ On Melancholy Hill – Gorillaz

“Tahun depan nak serbu!”

Video yang dimuat naik oleh @vndrslc di TikTok telah mendapat perhatian warganet. Ramai teruja melihat suasana moreh masjid tersebut dan ada yang telah memasang niat untuk berbuka puasa, tarawih sekaligus moreh di Masjid Bukit Jelutong pada tahun hadapan.

moreh 3

Pemilik video ini juga memaklumkan waktu untuk moreh di Masjid Bukit Jelutong.

moreh 2

Meriah betul moreh kat sini.. murah rezeki yang sponsor tu!

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.