in

“Ada aduan dari pihak sana” – Shuhada Dedah Rumah Pernah ‘Diserbu’ JKM, Didakwa Abaikan Anak-anak

rumah shuhada diserbu jkm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bekas isteri pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada mendedahkan kediamannya baru-baru ini ‘diserbu’ pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selepas aktor itu membuat laporan kononnya anak-anak mereka didera dan diabaikan.

Menurut Shuhada, tindakan Hafidz dianggap zalim kerana dia sebagai seorang ibu tidak akan tergamak melakukan perkara teruk sebegitu terhadap dua anaknya iaitu Umar dan Humairah.


Artikel berkaitan: “His favourite dish..” – Lepas 9 Bulan, Shuhada Baru Boleh Masak Sambal Sotong Kegemaran Hafidz Roshdi

Artikel berkaitan: Pernah Terima Rawatan Psikiatri Sebelum Kes Pukul Isteri, Hafidz Roshdi Perlu ‘Follow Up’ Di Hospital

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HIBGLAM (@hibglam.com.my)

“Jangan nak pentingkan diri dan susahkan urusan. Baru-baru ini tiba-tiba JKM datang rumah selepas ada aduan dari pihak sana (Hafidz) kononnya saya abaikan anak.

“Jangan sebab rasa marah sebelum ini sehingga nak zalimi anak-anak. Mereka rasa trauma apabila ada orang datang rumah ramai-ramai.

Proses itu memakan masa lama kerana pihak JKM perlu buat siasatan dan ambil gambar. Sanggup ke dia nak tengok anak diambil dan duduk dengan JKM,” katanya ketika ditemui di mahkamah bagi sebutan hadanah.

Shuhada menjelaskan dia tidak pernah menghalang Hafidz untuk datang bertemu dua anak mereka namun kecewa apabila dilemparkan tuduhan tidak berasas sebegitu oleh bekas suami.

“Kalau dia nak datang jumpa anak boleh berhubung melalui peguam saya. Datang saja bila-bila masa. Kami telah gagal dalam perkahwinan tetapi janganlah bebankan anak-anak yang tidak bersalah,” katanya lagi.

Sementara itu, konflik hak penjagaan kedua-duanya terus berlarutan apabila gagal mendapat kata sepakat hari ini.

Difahamkan, pihak Hafidz mahu meneliti terlebih dahulu permohonan baru Shuhada yang memasukkan ibunya sebagai respoden kedua bagi tuntutan tersebut memandangkan dia turut menjaga dua anaknya.

Untuk rekod, Hafidz atau dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 sebelum disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, 27 Julai lalu.

Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.