in

“Ada 800 pelanggan sehari” – Khairul Aming Respon Pelanggan Merungut Staf ‘Snap’ Banyak Gambar

Ft Rembayung Khairul Aming

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lumrah dalam dunia perniagaan untuk berdepan dengan bermacam-macam kerenah pelanggan, lebih-lebih lagi pada zaman media sosial ini. Lagi besar perniagaan, lagi banyaklah ragamnya. Misalnya, macam kes yang terjadi pada restoran Rembayung di Threads baru-baru ini.

Dalam satu tangkap layar yang viral, ada individu dipercayai pelanggan Rembayung menunjukkan galerinya yang penuh dengan gambar serupa dan ia dipercayai diambil oleh pekerja di situ.


Artikel berkaitan: “Air bukan masuk melalui cermin” – Restoran Rembayung Bocor Ketika Hujan Lebat, Ini Penjelasan Daripada Kontraktor

Artikel berkaitan: “Bocor dah berhenti, punca leaking kita baiki” – Khairul Aming Mohon Maaf Kepada Pelanggan Rembayung Susulan Bumbung Bocor

“Saya yang suruh” – Khairul Aming

Individu tersebut mengeluh kerana gambar yang diambil itu terlalu banyak dan turut mempertikaikan kemahiran pekerja tersebut dalam mengambil gambar.

“Aku paling tak minat orang yang jenis tangkap gamabr dia spam je butang camera tu. Kalau awak nak asah kemahiran fotografi, belajar untuk tidak menekan butang kamera bila subjek tak bergerak langsung.”

660122659 17956288956105478 5162234738221861148 N

Perkongsian tersebut dikongsikan semula oleh netizen yang mengecam kenyataan individu tersebut, baginya, ia bukan tugas pekerja itu untuk mengambil gambar pelanggan dan pelanggan berkenaan sepatutnya berterima kasih kerana pekerja tersebut sudi menolongnya.

Screenshot 2026 04 06 161240

Hantaran yang telah meraih 4,900 tanda suka dan lebih 250 perkongsian dalam masa 17 jam itu telah membuatkan pemilik restoran tersebut iaitu Khairul Aming tampil memberikan respon.

Kata Khairul Aming, beliau sendiri yang menyuruh pekerjanya untuk ambil gambar sebegitu, ia bertujuan agar memudahkan pelanggan untuk memilih gambar dan stafnya juga mempunyai masa yang terhad untuk mengambil gambar memandangkan restorannya padat dengan pelanggan lain.

“Saya yang suruh staf tangkap banyak-banyak supaya pelanggan boleh pilih nak gambar mana. Ada 800 pelanggan sehari memang kita tak sempat nak tangkap satu demi satu sebab staf nak kena uruskan semua pelanggan serentak.”

Screenshot 2026 04 06 161742

Ramai netizen pelik dengan sikap individu tersebut dan menganggap isu itu tidak patut diperbesarkan. Malah, ada juga netizen yang memberikan sokongan moral dengan mengatakan segala perkhidmatan yang dilakukan di restoran pempengaruh ini sudah cukup bagus.

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.