in

“Ada 6 buah rumah sewa, dapat STR” – Kerajaan Berhak Tarik Balik Bantuan Sekiranya…

ft kementerian kewangan rumah sewa 6 biji

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kerajaan berhak menarik balik apa sahaja bentuk bantuan termasuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sekiranya maklumat yang dikemukakan pemohon tidak tepat, menurut Kementerian Kewangan (MoF) dalam satu kenyataan.

Menurut MoF, setiap permohonan STR akan melalui pelbagai proses semakan serta verifikasi dengan pelbagai agensi yang berkaitan bagi menentukan kelayakan para pemohon.


pa 1721b large

Selain itu, semakan berkala juga turut diadakan setiap suku tahunan bagi menyemak rekod pemohon seperti pemilikan kediaman, kenderaan, perniagaan, pekerjaan atau pemohon yang menetap di luar negara.

“Sekiranya didapati wujud maklumat palsu atau tidak tepat, tindakan undang-undang boleh diambil”

Menurut MoF lagi, kerajaan berhak menarik balik bantuan-bantuan yang diluluskan kepada pemohon sekiranya ada ketidakpatuhan.

Terdahulu, tular dalam media sosial dakwaan seorang individu yang layak menerima STR walaupun dia mempunyai enam buah rumah sewa dan menjadikan pendapatannya melebihi nilai ambang kelayakan untuk menerima bantuan tersebut.

Screenshot 2026 01 15 104749

Dalam pada itu, MoF dalam kenyataan yang sama turut memaklumkan peruntukan keseluruhan untuk STR dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi tahun ini berjumlah RM15 bilion, menjadikannya jumlah peruntukan tertinggi dalam sejarah Kerajaan Persekutuan.

Artikel berkaitan : Bayaran SARA ‘One-off’ RM 100 Boleh Mula Ditebus Mulai 9 Februari Ini

Artikel berkaitan : Penyasaran Subsidi RON95 Berhasil, Kerajaan Jimat RM800 Juta – PM

Tambah MoF lagi, peruntukan besar tersebut susulan penyusunan semula pemberian STR dan SARA sebagai inisiatif Kerajaan MADANI untuk mengurangkan beban kos sara hidup rakyat secara lebih berkesan.

MoF dalam masa yang sama turut memaklumkan sebanyak RM1.1 bilion diperuntukkan untuk STR Fasa Satu tahun ini akan mula disalurkan Selasa depan.

Sumber : Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.