Tular satu video baru-baru ini menunjukkan rakaman penunggang basikal membawa anak dan ia telah menggunakan pelbagai reaksi netizen di Twitter.
Bawa anak masa berbasikal?
Dalam video berdurasi 45 saat tersebut, perakam menzahirkan rasa bengang sambil menunjukkan video penunggang basikal itu dikatakan bawa anaknya di belakang diiringi dengan beberapa penunggang lain.
Biarpun waktu kejadian masih belum dikenal pasti, jika diperhatikan, lokasinya di Kuala Lumpur dan dilihat seperti cuaca tengah panas dan keadaan jalan, ada banyak kenderaan lalu lalang disitu.
Sama la dengan yang naik skuter kat area klcc tu, dah ada laluan pun masih nak ride kat tepi jalan. pic.twitter.com/KQbKQRQCLS
— Travel Jimat (@TravelJimat) October 19, 2021
Video tular tersebut telah meraih hampir 2,000 jumlah retweets dalam masa 15 jam dan rata-rata netizen yang menontonya rasa cemas dan ada juga yang marah.
Selain itu, ada yang menasihati agar elak menunggang basikal pada waktu-waktu peak hour seperti ini. Malah dengan cuaca panas sebegini, netizen juga bimbang berkenaan dengan serangan haba.
Kau tahu tak Malaysia panas macam mana? – Netizen
Lebih membimbangkan lagi, ada juga warganet yang mengatakan bahawa kawasan itu sudah dua kali berlaku kemalangan di depan matanya dan ia pastinya menambahkan lagi rasa gusar.
Apapun, mungkin perjalanan mereka itu tidak jauh dan mungkin boleh ambil sudut positif yang mereka mungkin tiada pengangkutan sendiri.
Baca : “Menyusahkan pengguna jalan raya yang lain” – JSPT ‘Sound’ Foto Viral Cyclist Wanita Bawa Anak