in

“Ada 2 kos”- Hampir Cecah 1 Juta, Khairul Aming Kongsi Kos Yang Dibelanjakan Untuk Bawa Staf Bercuti

Khairul Aming

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rasanya ramai yang sudah tahu bahawa usahawan dan pempengaruh popular, Khairul Aming akan membawa kesemua staf yang bekerja di kilang sambalnya bercuti setiap tahun.

Ramai juga yang kata mereka pun teringin nak kerja di kilang KA kerana mahukan bos yang pemurah seperti Khairul Aming ini. 


Baru-baru ini, ada netizen yang bertanyakan berapa kos perbelanjaan yang dikeluarkan oleh Khairul Aming untuk membawa staf-stafnya itu bercuti kerana kita tahu bahawa staf kilang tersebut sememangnya ramai.

Khairul Aming kemudiannya telah menjawab persoalan tersebut ketika siaran live di TikTok baru-baru ini.

@khairulamingfans_

🗣️: ‘Berapa banyak spend bawak staff pergi bercuti?” @Khairulaming #khairulaming #khairulamingfans #dendengnyetberapi #sambalnyet #khairulamingtravel

♬ original sound – Fans KhairulAming – Fans KhairulAming

Artikel berkaitan: “Nak beli apa-apa, beli terus” – Khairul Aming Dedah Cara Urus Kewangan, Pesan Tak Perlu Berhutang

Artikel Berkaitan: “Kalau kita buat dalam Malaysia ok je tapi…” – KA Respon Kenapa Buat Video ‘Promote’ Negara Luar

Menurut Khairul Aming, terdapat dua kos perbelanjaan yang terlibat untuk membawa pekerja-pekerjanya bercuti.

Kos pertama ialah kos yang terlibat untuk percutian tersebut seperti kos penginapan, makanan serta duit poket yang diberikan kepada setiap staf dan kos ini boleh menelan perbelanjaan sekitar RM200,000 hingga RM300,000.

Manakala satu lagi kos yang perlu ditanggung oleh KA ialah kos production lost kerana kilangnya akan ditutup dan tidak beroperasi selama beberapa hari ketika staf-staf bercuti.

Kos production lost ini boleh mencecah sehingga RM700,000!

2 7

Jadi, jika digabungkan kedua-dua kos ini, menurut Khairul Aming, ia boleh mencecah hampir RM1 juta.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji sikap Khairul Aming selaku bos yang dilihat sangat pemurah dan menghargai setiap pekerjanya.

Sumber: TikTok @khairulamingfans_

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.