Rasanya kat mana-mana sekarang kita asyik dengar pasal kes basikal lajak yang melibatkan seorang jurujual wanita, Sam Ke Ting, 24, yang dibebaskan daripada tuduhan memandu secara melulu hingga menyebabkan 8 remaja berbasikal meninggal dunia.
Seperti yang kita tahu, kes ni dah jadi isu besar sebab rata-rata netizen bertelagah, ada yang setuju dengan keputusan mahkamah dan ada pulak yang membangkang sebab kes ni menyebabkan kematian.
Antaranya macam kat bawah ni…
Tell that to those yang salahkan budak2 tu keluar 3 pagi tu. And how are you so sure they were riding recklessly at that time? Ada rakaman cctv? Pengguna basikal tak boleh guna jalan ke? https://t.co/uFfKQluayY
— ✨Beef Liver Supremacy✨ ? Isotret ? (@aribahabdullah) October 28, 2019
“Akak pernah tengok tak budak main basikal lajak camna?”
Namun hujah yang menyokong geng basikal lajak ni memang tak boleh diterima langsung oleh seorang netizen ni sebab geng terbabit katanya hampir menyebabkan adiknya cedera parah akibat kemalangan.
Menerusi posting di Twitter, netizen ni berkongsi pengalaman adiknya yang dilanggar geng basikal lajak sehingga cedera. Dah langgar, tak nak mengaku salah pulak tu!

“Masa dia langgaq adik aku, petang dalam pukul 5pm. Bukan malam kot nak kata tak nampak”
Malah lebih mengejutkan, masa adiknya dilanggar tu, ketika tu waktu masih terang sekitar jam 5 petang. Jadi tak boleh lah nak kata yang penunggang basikal tu tak nampak atau apa.

Dah kena langgar pun masih boleh tersenyum
Ramai di kalangan netizen bersimpati dengan nasib yang dihadapi adik netizen terbabit. Macam manapun, senyuman adik ni tetap manis walaupun sakit kena langgar dengan basikal lajak.

Admin doakan semoga adik comel kat atas ni cepat sembuh tau! Kepada geng basikal lajak, hentikanlah hobi tak berfaedah ni.