in

“Abi redha” – [Video] Pasangan Pasrah Anak Kembar Meninggal 7 Hari Lepas Lahir, 8 Tahun Menanti Akhirnya Dapat Zuriat

Ft Zuriat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mendapatkan zuriat bagi sesetengah pasangan kadang bukanlah semudah yang disangka. Ada yang bertahun-tahun menunggu lamanya barulah dapat merasakan nikmatnya. Seperti pasangan dari Indonesia ini yang cukup kuat menempuh dugaan sepanjang perkahwinan mereka yang berusia hampir 10 tahun.


 

Lepas 6 tahun berkahwin, dikurniakan anak kembar lelaki & perempuan tapi…

Menerusi perkongsian video di aplikasi tiktok, @fitrahakbaar, pasangan tersebut sempat memuat naik saat gembira menyambut kelahiran anak sulung yang juga kembar lelaki dan perempuan pada tahun 2018. Bagaimanapun kondisi anak mereka tidak begitu baik kerana mereka lahir secara pramatang dimana ketika itu usia kandungannya baru 6 bulan.

Jelasnya, bayi kembarnya terpaksa dilahirkan secara pramatang kerana berlaku komplikasi.

Sewaktu dilahirkan, masing-masing hanya mempunyai berat sekitar 700 gram sahaja dan terpaksa diletakkan di Unit Rawatan Rapi.

Namun 7 hari kemudian, kedua-duanya pergi menghadap Ilahi kerana tak dapat bertahan.

@fitrahakbaar

Pejuang NICU & yg belum dapat keturunan kumpul yuk #kisahsedih #nicu #pejuangnicu #prematurebaby #bayiprematur #baby #fyp

♬ Surrender – Natalie Taylor

 

“Abi redha.”

Pasangan ini redha dengan ketentuan Allah dan tak putus asa. Sekali lagi mereka mencuba akhirnya permintaan mereka dikabulkan. Selang 2 tahun kemudian lahirlah Jena, anak ketiga mereka. Comel!

@fitrahakbaar

alhamdulillah 8 tahun kami menanti keturunan. akhirnya Juni 2020 Doa kami dikabulkan Allah SWT #bayi #bayigemes #bayitiktok #pejuangduagaris

♬ original sound – TDAC?OFFICIAL – DARK ANGEL

Yang belum mendapatkan keturunan jangan menyerah. Berdoa kepada Allah dan tetap berikhtiar.”

Semoga tabah buat mereka yang menghadapi ujian sama. Sesungguhnya perancangan Allah lebih baik.

 

Baca : “Allah bagi rasa nikmat jadi IBU tu minggu lepas” – Hamil Selepas Jalani Rawatan IVF, Elizad Keguguran

Zuriat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.