in

“Abang ni jalankan tugas je” – Tak Puas Hati Gagal Pemeriksaan Lori, Staf Puspakom Ditampar

pemandu lori tampar staf puspakom

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang pelanggan yang dipercayai pemandu lori telah bertindak agresif dengan menampar seorang staf Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) di pusat pemeriksaan kenderaan berkenaan.

Kejadian yang tular sejak semalam didakwa berlaku di Puspakom cawangan Johor Bahru apabila pemandu lori itu dikatakan tidak berpuas hati dengan keputusan pemeriksaan selepas didapati lorinya tidak memenuhi syarat kelulusan teknikal.


Menerusi video yang dikongsikan di media sosial, dapat dilihat lelaki berbaju kuning pada awalnya memanggil staf Puspakom sambil menunjukkan sekeping kertas dipercayai keputusan pemeriksaan kenderaannya.

Artikel berkaitan: Ada Pihak Buat Khidmat Sewa Tayar Untuk Lori Lulus Pemeriksaan Puspakom?

Kemudian, lelaki terbabit secara tiba-tiba menampar kakitangan itu hingga menyebabkan situasi menjadi tegang.

Melihat keadaan seolah-olah semakin tidak terkawal, dua lagi staf Puspakom menghampiri pemandu lori tersebut dan menenangkannya sambil melihat keputusan pemeriksaan tersebut.

Netizen yang melihat insiden ini mengecam tindakan pemandu lori terbabit yang menggunakan kekerasan terhadap staf dalam menjalankan tugasnya. Ramai berharap pihak berkuasa menyiasat dan mengenakan tindakan terhadap pemandu lori terbabit.

Pada masa yang sama, netizen memuji kesabaran staf Puspakom tersebut yang dilihat tidak membalas tamparan tersebut.

Setakat artikel ini ditulis, belum ada kenyataan daripada pihak polis dan Puspakom mengenai insiden terbabit.

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.